
Tuhan , jagakan dia =')

4 sept .

Salam Ukhwah buat semua =)
Today is 4 sept 2012 ...
Well , just wanna announce to everyone that today is his birthday ! [4/9 - Tuesday] .
The best ever present that he got is History exam paper ! haha ! He must did it greatly ! haha . btw , i wished him last night . But just wonder if i'm not the first person who was wishing him . yala , i knw that he got lot of fangirl =) But i'm not really want he think that .. wahh , syahirah is the first person who's wish me or so what ever , but i just wnt he to knw that i wished him sincerely + honestly . not bcz wanna get a praise from him .But exactly , perempuan mana yg taknak menjadi orang pertama buat orang yang dia sayangkan ?? Hmm ,
Well , i gave him a present that i bought yesterday . ahhh , it's so hard to buy something for a guy . [lol , thats mean i never give a present to any guy before this] . haha ! well , i'm not expected that i gave to him today bcz i'mma a bit shy to do that . BUt my chingu helps me . and i gave him ! But his face , not show the happy expression . oh ya , maybe he was shocked ! heee .
But before that , i noticed that seems like he was already got a present from somebody else but i dont know . ahh , still can't be the first one ! Hmm , nvm la . yela, my false la juga . Siapa suruh tak nak kasi awal pagi tu . huhh ~~ but its okay then ! i gave him with a willing heart . ALhamdulillah , he like it =)
[just for info : 4 Sept every year is Hari Hijab Sedunia. Rentetan dpd peristiwa Larangan Bertudung oleh French Govrnment pd 4/9/02. Hari ini genap 10 tahun.]
Sabarlah , cinta !

Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)
Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)
- Artikel iluvislam.com
Tajuk apa nii ??? =='

Assalamualaikum ..
Memang betul la dengan apa yang aku pernah baca mengenai lelaki . Begitu senang melupakan segala kesalahan mereka kepada perempuan . dan perempuan lah yang menanggung rasa sakitnya . Kenapa aku menyokong pendapat ni "? Sebab aku ada pengalaman dalam hal ni .
Bagi aku , kalau pasangan kekasih bergaduh , si perempuan la yang selalu cuba untuk mempertahankannya dan si perempuan juga lah yang menanggung rasa sakitnya walaupun mereka sudah berbaik . Si perempuan memang susah melupakan segala sakit yang telah mereka lalui . Namun lelaki ? begitu mudah untuk melupakan . Perempuan kalau dah sayang sangat kat lelaki tu , dia tak akan pernah mencari orang lain .
Well ni apa yang aku pernah baca and yang aku pernah lalui . Apa pendapat korang pasal benda ni ?
tq--
What if kita di duakan ? #Singgah jap !

Sudah sekian lama aku tidak mengupdate blog usang ni . *tiup habuk yang semakin menebal ni . Hehe , last day aku update bila aku nak pergi bercuti kan ? 3 minggu yang lepas la kan ? wah lama jugak tu . Sepatutnya nak update lepas ballik je dari bercuti . Tapi nasib badan yang malas ni membuatkan aku tak sentuh pun blog ni . Kepada pembaca aku yang setia , i'm so sorry yer . hehe *ada ke ? LOLXD .
Agak2 apa perasaan korang jikalau korang tahu yang korang ni di duakan ? I mean orang yang korang sayang berlaku curang dengan korang ? terasa amat pedih bukan hati ini ? Opss , jangan salah sangka ye . Saja je bukak topic ni sebab banyak berlaku di luar sana . Kan ?
Disebabkan aku ni memang malas sesangat nak menaip , so aku jus nak tanya pendapat / perasaan korang je la mengenai topic kita pada hari ni . hehe =)
thankyou =)
My Love for Him

Kadang-kadang , memang sukar buat aku untuk menjauhkan diri daripada dia . Sebab ? Sebab aku akan rindu dia kalau aku jauh dengan dia . Kadang-kadang , memang sukar untuk aku lupakan dia walaupun hanya untuk jangka masa yang pendek . Sebab ? Sebab dia dah melekat kat hati aku . Kadang-kadang kalau aku tak jumpa dia , aku boleh jadi macam orang tak dek hala tuju . Sebab ? Sebab selama ni aku asyik pikirkan pasal dia .
Hmm , perkara macam ni la yang membuatkan aku risau . AKu risau segala perasaan aku pada dia sekarang akan dibenci oleh ALLAH , akan menghancurkan hubungan kiteorang pada masa akan datang and even akan merosakkan diri dia .Aku rasa nyesal juga sebab meluahkan isi hati aku kat dia . Mungkin dia yang selama ni merupakan seorang budak yang baik [jenis yg tak pikir pasal cinta-cintan-cintun la] ,tiba-tiba bila kenal aku je diri dia terus berubah . AKu takut kalau perkara ini benar2 terjadi . Bukan aku nak cakap aku dah tak suka kan dia . NO ! I LIKE HIM and I LOVE HIM SO MUCH ! And i hope he will be my last love , i hope he will be the one who i will married with because I LOVE HIM SO MUCH , and i'm not ready to lost him .
Kadang kala , di saat dia menghantar pesanan ringkas , aku akan terukir senyuman manis bak kerang busuk , and kadang kala aku juga boleh mengalirkan air mata . Apakah sebab semuanya ini ? Kadang kala if dia cakap something yang mungkin boleh menjeleskan diri aku , hati aku bagaikan ditusuk betubi-tubi dengan benda yang tajam . Sakitnya , hanya ALLAH saja yang tahu . Memang sukar untuk aku menahan sebak itu . Apalagi if nak jauhkan diri dari dia , sanggupkah aku ? "YA ALLAH , adakah benar perasaan aku pada dirinya ? adakah benar apa yang aku lakukan pada dia ? YA ALLAH , mungkin ini dugaan daripada engkau YA ALLAH , walaupun dugaan yang engkau berikan ini tidak sebesar mana , tetapi ianya sungguh sukar bagi hamba untuk menyelesaikannya . Semoga engkau memberi petunjuk kepada hamba. AMiin "
Just now i got a text from him and he said that he miss the moment when we were study together , the sweet moment when we were together la . Ya , once he said that , automatically i miss about that too . Even i'm always miss that , but once he said like that , that moment suddenly come to my mind and until now i keep thinking aabout that . Hmm, he feel sorry because this year isn't like last year . isn't sweet like last year . He blame himself . BUt for me , he shoudln't blame himself in this situation because nobody wrong . Maybe there have a hikmah disebalik kisah ini . Mungkin juga kerana ALLAH sayangkan kami , so that we're not being like last year . Maybe in the future we'll be the most sweet married couple , happiest ever lasting , WHO KNOW kan ?
I admit it that aku pernah cuba untuk hindarkan diri aku daripada dia dengan cara "off phone , lari bila nampak dia , cubaan untuk hilangkan phone " , Hanya untuk mengelakkan dir aku dan dia daripada terjebak dalam jurang penzinaan , tak kesah la mata mahupun hati , yang pasti bukan selebihnya bcz we know about pantang larang a.k.a batas kami sebagai bukan muhrim. Namun semua ini tak berhasil sebab I MISS HIM ! I LOVE HIM . I'mnot so strong . Sedar tak sedar , hari ni dah masuk 1 tahun 4 bulan 21 hari dah perasaan aku pada dia masih kekal . Ouh maybe aku berubah sikit kot , kepada lebih saaaayaaang ! Hee =) He is the first guy who's can accpet me seadanya . Well , as you can see , i'm not that beautiful , i'm not rich , i'm not clever , seems like macam tak sesuai dengan dia yang perfect segalanya dengan kehensoman dia , kepandaian dia , kekayaan dia , keimanan dia . Memang jauh sekali diri aku kalau nak dibandingkan dengan diri dia . Namun begitu , dia still sayang aku . I'm glad to know him in my life . Thats why i can't forget him , i can't go far from him .
"YA ALLAH , hambamu ini sungguh lemah untuk mengharungi semua ini "
Seriusly i say that I LOVE HIM , but aku tak mengharapkan sangat hubungan seperti ni . Apa yang aku harapkan adalah hubungan yang berkekalan sehingga akhir hayat [hubungan selepas berkahwin] . Semoga dia benar-benar jodoh yang telah ditakdirkan untuk aku . AMinn ..
In planning : nak ajak dia pergi makan . Since this week is our last school day . Maybe nanti tak boleh berjumpa dah , who know , secret of ALLAH =) hope i've a power to ask him to go out . Maybe tomm . InsyALLAH =)
Happy Life forever .

Salam Ukhwah buat semua =) Apa khabar ? Baik aja kan ? Harap begitu la ^^ Hmm , AWAK , mari sini ! Saya nak tanya pendapat ni , meyh la singgah baca jap (✿◠‿◠) *buat muka comel . Hehe , ha ! Nak tanya ni , awak nak tak hidup bahagia dunia akhirat ? Kenapa eh ? *kalau yang baca ni , diminta agar menjawab di bahagian komen yer =) [Macam la ada orang baca blog buruk aku ni =( ] (╥﹏╥)
[Di minta baca kisah di bawah ni yer ]
Cuaca pada pagi ini agak mendung dan tampak seperti akan hujan dengan lebatnya . Kawanan burung berterbangan mencari tempat untuk berteduh agaknya . Seorang budak perempuan yang dikenali sebagai budak "nerd" membuat kerja sekolahnya di bawah pohon delima [Eh , besarnya pokok delima ? *bantai je la (っ◕‿◕)っ] . Semasa dia sedang membuat kerja ..
"Astagfirrullahhala'zim .. Aduhhh ! sakitnya kepala aku . " , rungut Aminah sambil mencari-cari benda yang telah menyakitkan kepalanya . Buah delima yang nampak rangup telah jatuh dari pohon lalu terkena pada kepala Aminah .
"Ohh , buah delima rupanya . Nasib baik la aku duduk bawah pokok delima , kalau pokok durian , agaknya kepala aku ni tak ada rupa kepala kot " , ujar Aminah setelah melihat buah delima di atas rumput .
Kringgggg .. Kringgggg . Jam sudah menunjukkan pukul 10.45 pagi yang menandakan sudah tamat waktu rehat . Aminah dengan segeranya mengemas buku-buku nya dan bergegas pulang ke kelas bersama dengan buah delima yang jatuh atas kepalanya tadi . Sedang AMinah berlari untuk kembali ke kelas , dia terlanggar sesuatu yang agak kuat .
Kedebuukkkkk ! Aminah jatuh ke lantai di hadapan kelasnya . "Aduhh , kenapa malang sangat aku hari ni , tadi buah delima sekarang apa pulak , tiang lampu ke ?? " , rungut AMinah di dalam hati semasa dia sedang membersihkan baju sekolahnya yang kotor dek habuk lantai .Entah berapa lama la budak2 kelasnya tak sapu lantai kat luar kelas ni . "Eh depan kelas aku ni ada tiang lampu ke? , sengih AMinah sorang2 sehingga lupa sebentar tentang kejadian yang menimpa dirinya .
"Eh , awak tak apa-apa ke ? " , tiang lampu yang dikatakan AMinah sebentar tadi tiba-tiba bersuara . Lalu Aminah mengangkat mukanya dan eye to eye dengan tiang lampu tersebut . Aminah terpaku sebentar melihat kunikan lampu tersebut tanpa mempedulikan lambaian daripada tiang lampu tersebut .
"Awak , awak ! awak tak apa apa ke ? " suara tersebut membuatkan Aminah tersentak daripada khayalan dan kembali ke dunia yang nyata . Dia tersimpul malu kerana rakan kelasnya yang berada di situ ketawakan dia . Lalu , AMinah segera membangunkan dirinya .
"Hmm , saya tak apa-apa . Sorry sebab langgar awak tadi , saya nak cepat ni . " Ujar AMinah kepada orang yang disangkakannya tiang lampu .
"Tapi , saya rasa saya tak pernah nampak awak kat sekolah ni . Awak budak baru ke ? " soal AMinah dengan rasa hairan melihat orang baru di sekolahnya itu .
"ye , saya budak baru kat sekolah ni . Nama saya Syahir , datang dari sekolah SMK Melawati . Cikgu mengarahkan saya agar masuk kelas 5 Bijak " , Syahir memperkenalkan dirinya sambil menunjukkan slip yang membuktikan dia akan belajar di kelas 5 Bijak di hulurkan kepada AMinah . Di saat itu , AMinah berasa ingin berlompat gembira kerana kehadiran murid baru yang handsome di dalam kelasnya .
"5Bijak ? wah , kita akan jadi classmate la nanti . Saya AMinah pelajar kelas 5 Bijak . Selamat berkenalan . Ok jom saya kenalkan awak dengan kawan-kawan kelas yang lain " , riang AMinah bersembang dengan Syahir .
Sudah 5 bulan SYahir bersekolah di situ , mereka berdua kelihatan sangat rapat sekali. Bukan rapat apa , cuma Aminah seorang yang happy go lucky tambah pulak dengan sikap Syahir yang happy go go lucky . Walau begitu , mereka masih menjaga batas-batas mereka sebagai bukan muhrim . Sedar tidak sedar AMinah sudah jatuh sayang dengan Syahir .
Pada suatu hari , Aminah telah meluahkan isi hatinya kepada SYahir . AMinah telah bersedia untuk menerima sebarang rejection daripada Syahir kerana dia berpikiran bahawa Syahir yang handsome mana mungkin akan jatuh hati padanya yang hodoh . Sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku . Cinta AMinah tidak bertepuk sebelah tangan . Syahir juga telah jatuh sayang padanya . Aminah menjerit dalam hati kegembiraan .
Istilah " Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32) sering terngiang-ngiang di minda Aminah . Takut dek hubungan dia dengan Syahir boleh berlakunya zina [hati , mata .... ] . Oleh yang demikian AMinah berbincang dengan Syahir mengenai perkara ini .
Kerana kasih sayang mereka kerana ALLAH , mereka telah bersetuju untuk tidak "bermsg2" malah mereka juga bersetuju untuk berjauhan . Syahir telah mengambil keputusan untuk kembali ke sekolah lamanya , SMK Melawati . Demi kasihnya kepada AMinah kerana ALLAH , dia sanggup untuk menahan perasaannya pada Aminah .
[5 tahun kemudian]
AMinah kini sambung pengajiannya di Australia . Sedang dia berjalan di Royal National Park , dia terlanggar sesuatu yang tinggi bak tiang lampu .
"Aduhh , sakitnya .. " , rungut Aminah dalam hati sambil membersihkan bajunya .
"oh i'm so sorry" .. " , Orang itu bersuara .
"Suara tu .. suara tuu , aku kenala sangat dengan suara tu " , ujar AMInah dalam hati lalu mengangkat kepalanya dan pandang akan oang tersebut ..
"Syahir.. ! "
"AMinah..! "
Serentak mereka bersuara memanggil nama orang yang tersayang . Syahir juga menyambung pengajiannya di Australia . Mereka berdua sangat tidak menduga pertemuan ini akan berlaku . Pada ketika itu , SYahir telah melamar AMInah . Dengan perasaan teruja dan gembira , AMinah memberi persetujuan dengan lamaran tersebut .
Alhamdulillah , hidup mereka aman damai dan bahagia . Mereka telah dikurniakan 3 orang anak , 2 lelaki dan 1 perempuan .
Agak-agak , awak semua paham tak cerita ni ? Sorry la , if ada tak paham . Well , my broken Malay . hihi , and i'm not very good in writing a story . AKhirnya AMinah dan Syahir hidup bahagia setelah 5 tahun berpisah .
moral of the story here is :
Islam memang tidak melarang kita untuk bercinta kerana ianya merupakan fitrah manusia yang inginkan kasih dan cinta. Namun , ada batasnya dalam bercinta . Tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan berlakunya zina , fitnah dan maksiat . Perkara terbaik yang perlu di lakukan ialah dengan "menyimpan perasaan cinta anda didalam hati / cinta dalam diam" , kurangkan berhubung , dekatkan diri pada ALLAH dan cuba jauhi diri anda daripada melakukan perkara yang boleh menyebabkan zina .
[Jujur saya katakan di sini , saya mempunyai orang yang saya sayang . Namun saya tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan padanya mengenai perkara ini . Tidak ada yang menhalalkan hubungan kami . Dan saya tidak mahu hubungan kami ini wujud kerana orang ketiga . APa yang saya mahu , hubungan kami sama dengan hubungan AMinah dan SYahir ( つ﹏╰) . Ya ALLAH , bantulah hambamu yang lemah ini YA ALLAH . Kalau benar dia memang jodoh aku , jika benar dia ditakdirkan untuk aku , satukan la kami pada masa dan waktu yang sesuai . AMiinn . Saya sayang dia sangat2 (^o❤‿❤)! ]
Hantu icekimo ಠ_ರೃ

woot woot , Selamat pagi =) aduhaii , telajak tidur malam tadi sebab "dia" tak nak kejut . Alih2 "dia" pun tidur sekali . Haihh . Tak pe tak pe , bukan salah "dia" pun . "dia" pun penat tu . Kesian kan ? Hhehe . Sebelum bercerita pasal hantu icekimo . Aduhh , kesian nya dia , earphone dia hilang ? Memang badmood gila la dia semalam . Haihh , tak apa tak apa , earphone tu berapa la sangat . Kalau phone yang hilang baru la boleh badmood tahap gaban . Memang menangis la dia kalau phone yang hilang . Nanti beli yang baru eh earphone tu . p/s buat dia , jangan simpan dalam kocet earphone tu , letak je kat teling tu . takpun simpan je dalam beg . Hehe =) *sabar ye awak ! saayaang awak . haha
Oh ICEKIMO ? apa tu ? la , tu ice-cream yang dijual di THE STORE . well semalam aku pergi the store jap , jejalan . Tiba2 teringin pulak makan ice-cream icekimo tu . kebetulan pergi coolblog then terus la singgah icekimo . Nampak sedap , perhh cara dia buat macam ABC , blend kan ice tu . Teknologi ! HAHA ,ice-cream tu nampk unik la . Sebab dia tak cepat cair . just like jelly tapi bukan jelly . Ha nak tahu , pergi la makan . not bad . SEDAP ! eh apa kena mengena dengan hantu ? HAHA . actually , tanpa aku sedar boleh pulak aku bagi "budak lelaki" makan ice-cream tu ❁_❁. I mean bagi sebab dorang nak rasa la . Boleh aku tak sedar . Lepas aku dah bagi tu , aku pun bla . Aku tiba2 pikir , asal la aku bagi kat dorang >? Dah la time tu ada "dia" . Ahh ! bodoh nye aku ! Ni mesti HANTU ICEKIMO yang mendorong aku untuk bagi kat dorang . Nasib baik la tak menggunakan sudu yang aku guna . Kebetulan aku amik 2 sudu . Huhu . [buang bahagian yang dorang makan] . Rugii ar aku ! Tapi serious , mengeyangkan . HAHA . Tapi kenapa aku bagiiii ?? ( つ﹏╰)
Ok la ,itu je yang nak gitaw . hehe . (っ◕‿◕)っ
Kata Hati [Part 7]

Kadang kala , dia bersikap pelik dengan aku , dengan menanyakan bahawa apakah benar aku cintakan dia , apakah benar aku sayangkan dia . Aku tak tahu kenapa dia bertanya demikian . Adakah aku telah membuatkan hatinya terasa dengan perkara-perkara yang aku lakukan ? AKu pun tidak pasti apakah yang telah aku lakukan sehingga dia bertanyakan sedemikian . Demi ALLAH , aku sangat sayangkan dia . Pertanyaan dia ini sering terngiang-ngiang difikiran aku . Mencari jawapan bagi pertanyaan dia itu . Namun , aku masih belum mendapat sebarang jawapan .
Di sekolah , boleh dikatakan 80% cikgu-cikgu bercakap mengenai orang yang sedang bercinta semasa dibangku sekolah . AKu pasti , ramai orang yang terasa dengan kata-kata cikgu termasuklah aku dan mungkin si dia juga . Cikgu selalu berpesan agar janganlah bercinta dahulu , tetapi berusahalah untuk mengejar cita-cita . Kebanyakan cikgu hanya bercakap benda yang sama . Sehinggalah apabila guru kelas ku menyatakan bahawa kebanyakan orang yang sedang bercinta , salah seorang daripadanya pasti tidak akan dapat mengejar cita-cita kerana leka dengan cinta . Kata-kata cikgu itu membuatkan aku risau jika salah seorang daripada kami akan gagal dalam hidup . AKu tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada kami mahupun pasangan kekasih yang lain . Aku pegang akan kata-kata cikgu itu .
Aku bersyukur sangat-sangat yang si dia juga faham akan situasi kami sebagai seorang pelajar SPM . SItuasi di mana kami memerlukan lebih banyak ilmu untuk mengejar cita-cita dan bukannnya kaish sayang untuk mengejar cinta . Oleh itu ,aku telah mengambil keputusan untuk mengurangkan bermsg dengan dia buat sementara waktu bagi mengejar cita-cita masing2. Bukanlah hanya cita-cita untuk hidup di dunia , malah juga cita-cita untuk hidup di akhirat . Tidak ada yang menghalalkan hubungan kami . Justeru itu, keputusan ini telah diambil tanpa melukakan hati mana-mana pihak . Kami telah berhenti daripada berhubung melalui telefon . Bukan beerti kami ini putus hubungan . .
Dia ada menyatakan bahawa dia ingin mengejar cita-citanya di mana dia ingin menjadi chemical engineer selain untuk meringakan beban kedua ibu bapanya . Setelah dia berjaya dalam hidup , barulah kami akan kembali bersama . InsyaALLAH , dengan izin ALLAH . Amiinn . Oleh itu , sedikit sebanyak aku telah melakukan perkara yang selama ini adik aku menyuruh aku untuk melakukan hanya untuk mengelakkan diri aku daripada terjebak dalam kancah maksiat mahupun zina yang merupakan perkara yang dibenci oleh ALLAH dan RASUL . ALHAMDULILLAH , berkat hidayah daripada ALLAH , aku dapat menerima/membuat keputusan ini dengan hati yang terbuka . AKu juga ingin mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang chef , InsyaALLAH jika masakan aku benar-benar sedap Dan juga ahli meteorology jika aku hebat dalam fizik . InsyALLAH , .
Kata Hati [Part 6]

Masih ada lagi waktu untuk kami saling mengenali antara satu sama lain kerana aku pasti bahawa dia masih tidak mengenali aku dengan sepenuhnya . Begitu juga dengan aku . Ada suatu ketika aku merajuk dengan dia . Aku berfikiran yang dia akan berputus asa untuk memujuk aku , namun sebaliknya . Dia berusaha dengan sabar untuk memujuk hati aku ini . Yang sebenarnya aku hanya ingin test dia sejauh mana dia boleh bersabar dengan sikap aku . Aku terharu sangat kerana dia tidak berasa muak dengan perangai aku yang manja . Bukan manja untuk membuat dia menyampah , tapi hanya nak dapatkan lebih kasih sayang daripada dia . He did it ! Tapi , mungkin juga dia TIDAK lagi berasa muak dengan perangai aku kerana boleh dikirakan bahawa kami ini baru sahaja kenal [ even dah nak masuk 2 tahun ] . Mungkin kalau aku selalu bersikap begini , dia akan semakin menyampah dengan aku .
Ada suatu ketika , dia juga test aku . Dia membalas text yang aku hantar di mana aku menyatakan bahawa aku sedang melukis/busy dan ingin sambung text setelah selesai melukis dan dia membalas dengan berkata seolah-olah apabila text dengan aku , battery phone dia akan habis . Pada ketika aku membaca text tersebut , aku sudah berasa tidak sedap hati . Hati aku tiba-tiba berasa sakit seolah-olah dihunus dengan pedang yang tajam . Lalu air mata aku pun bergelinang jatuh drop by drop ke atas lukisan biology aku . I cried non-stop suddenly .Tidak mampu aku untuk menekan keypad phone untuk membalas text dia . Pada saat itu , aku sangat memerlukan someone untuk meredakan hati aku yang sakit ini . Lalu aku menghantar text kepada rakan ku dengan meluahkan segala yang hati aku rasa .
Pada masa yang sama , aku medapat text daripada rakan kelas aku yang juga merupakan orang tengah kami . Mereka berdua telah melegakan hati aku walaupun hanya untuk seketika waktu . SI Dia masih menunggu reply daripada aku . Disebabkan aku ni juga seorang yang cepat kesian kan orang , aku pun reply text dia dengan mood yang tak berapa nak baik . Dia memohon maaf atas segala silap dia dengan alas an dia hanya ingin test aku . Ok , nevermind , I forgave him and I hope he won’t do this to me again . AKu memang jenis yang lemah semangat and kuat emotional + tacink . Tetapi aku juga seorang yang senang dipujuk . Namun , aku tak akan pernah lupa akan apa yang dia pernah buat pada aku . BUkan sahaja dia , malah orang lain juga . AKu akan sentiasa ingat peristiwa dimana orang telah membuatkan aku menangis .
Pada keesokan paginya , aku mendapati bahawa mata aku ada sedikit bengkak kerana telah menitiskan air mata dengan banyak . Lalu aku cover bahagian bawah mata aku dengan krim muka . SO, orang tak akan perasan la kan ? Hee Ye , aku pun pandai berlakon juga la . Dalam masa aku test dia , dia pun gedik-gedik nak test aku . HAHA , ok . Nampaknya dia tidak mengenali aku lagi .Itulah sebabnya aku menyatakan bahawa masih ada waktu lagi untuk kami saling mengenali antara satu sama lain . Jika memang dia jodoh aku , lambat laun , ALLAH pasti merapatkan kami berdua . InsyaALLAH .
Hati seorang perempuan

Kadang kala , memang susah untuk mencari seseorang yang boleh m e n c i n t a i kita dengan tulus ikhlas , dengan ikatan janji setia . Baik lelaki mahupun perempuan . Semuanya sama sahaja . Namun begitu , hati ini berasa sangat bersyukur kerana telah menemui seseorang yang benar-benar ikhlas dengan hati ini tanpa mengeJUDGE paras rupa yang tidak secantik perempuan lain. Seseorang yang selalu memberi semangat kepada hati ini untuk terus menjadi seorang yang berjaya dengan izin ALLAH . Seseorang yang sudi memberi nasihat agama kepada hati ini yang sangat lemah dalam bidang keagamaan .
Kini , hati ini sangat bahagia dengan kehadiran insan tersebut . Tapi mampukah hati ini bahagia pada hari-hari yang akan datang ? Mampukah hati ini dapat hidup bersama dengan insam tersebut buat selamanya ? Mampukah hati ini menahan sebak jika tidak dapat bersama dengan insan yang dicintaiya itu ? Hanya ALLAH sahaja yang tahu . Who knows qada' dan qadar ALLAH .Whatever happen , we should accept it dengan r e d h a .
Perempuan ini memang sangat lemah . Mudah jatuh cinta pada seseorang lelaki yang memberi harapan. Perempuan ini bak memory card yang penuh sarat dengan memory silam . Perempuan tidak mudah lupa akan kisah cinta bersama dengan seseorang pada masa silam . Tapi , adakah lelaki seperti itu ? . Mungkin seseorang lelaki ini tidak suka perempuan yang kuat merajuk . Tapi ketahuilah bahawa perempuan bukan merajuk kerana suka-suka , tetapi kerana mereka ingin mendapat perhatian daripada lelaki yang mereka cintai . Mereka ingin mengetahui sejauh mana lelaki itu cinta pada diri mereka . Ketahuilah bahawa perempuan diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Jagalah hati dan perasaan mereka kerana hati mereka bagaikan sehelai tisu yang mudah terkoyak [kuat bersedih] .
Fahamilah Hati Seorang Wanita

SENSITIF : Bukan bermaksud suka merajuk..tapi cuma nak bermanja dan mendapatkan perhatian.
CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala..cuma wanita ni sukakan ketelitian..cermat..dan kadang-kadang teringin jugak LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
HALUS : Bak sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak..walaupun sorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran..Bukan sebagai DENDAM..paham??
IKHLAS : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui..yes!
KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, ibu bapa, anak-anak , dan suami. WANITA amat tabah..
PRIHATIN : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
(Bukan skodeng nah..nop2.)
MANJA : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri sorang WANITA masih lagi tetap sorang WANITA. Suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum..
(bukan gatai..tp lumrah)
EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai..
(yaka? may be....)
CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.. =)
(segalanya bermula disini)
SEKS : Seks bukanlah segala-galanya buat WANITA sebab WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak tidak tertumpu kepada 1 sahaja.
LELAKI pulak dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan..(betol3x)
Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.
Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA
ROADRUN

Memang lama benor aku pikir tentang apa yang patut aku tulis kat sini. Rasanya banyak benda nak citer , tapi bak kata aku pada entry yang lepas-lapas , aku ni banyak makan semut . SO dah lupa banyak benda (╥﹏╥) dah memang nasib aku sebagai anak muda yang cepat lupa .
See , nak menaip pun dah jadi malas sebenarnya . Ha , disebabkan tadi aku pergi sekolah , so ada la jugak cerita yang ingin diceritakan :) AKu telah menghadirkan diri aku ke sekolah untuk mengambil bahagian dalam acara ROADRUN [*sorry gambar tak dapat lagi] ≧❀‿❀≦ . Memang nervous gila la kan bila sampai sekolah . Time tu , baru lah perasan yang semua bahagian anggota badan sakit . Macam-macam betul . Btw , aku dapat no siri *B031 . lawa takk ? Mestila , tenguk orang yang memakainya la [*harap maaf , nak perasan kejap ]
Since aku ni selalu sangat pergi jogging , so dah menjadi kebiasaan la berlari/jogging tanpa henti . Didn't expected that aku boleh bertahan berlari tanpa henti dalam jangka masa yang agak lama . I think about 500 to 600 meter i ran non-stop . Sayangla tak dek jam . If not boleh la set masa aku berlari . Seprti biasa , memang malu bila sampai depan sekolah sebab ramai sangat peminat yang menunggu . HAHA ☜(*▽*)☞ . Alhamdulillah , dapat tempat ke-5 , bersyukur sangat sebab dapat kalahkan atlet . [*ada yang terasakah ? ] Mianhae :)
Akhir cerita , boleh pulak SIDIA lupa akan DATE kiteorang . haihh ! Tak apa , tak apa . orang tengah lapar memang macam tu , Tak pikir benda lain dah . tak apa la , mungkin di hari yang lain :)
Walau apa pun , CONGRATULATION to P1,P2,L2 untuk pasukan TUAH kerana telah berjaya meraih tempat pertama dan kedua :) [*bangga]
Kata Hati [Part 5]


Hubungan kami kian rapat , namun perasaan risau dan takut menyingkap ke dalam diri aku . Aku tidak pasti sama ada sebelum ini dia ada perempuan lain atau pun tidak . Tapi aku rasa , dia tidak ada ! Aku takut dengan kehadiran aku dalam hidup dia , aku ini seolah-olah merosakkan hidup + dirinya yang selama ini suci + bebas dari segala dosa cinta . Aku tak nak jadi fitnah , aku rasa bersalah pada diri sendiri tiap kali aku chat,call,message or replying dia . Kerana aku tahu perempuan boleh jadi antara dua iaitu meneguhkan ataupun meruntuhkan seseorang lelaki . Oleh itu , aku rasa aku sedang meruntuhkan dia . Seperti yang aku katakan , mungkin masa silamnya tidak sama dengan masa silam aku di mana aku telah mengenali lebih daripada seorang lelaki . Dan mungkin dia tidak . Setelah mengenali dirinya , aku seolah-olah berpendapat bahawa “ALLAH menemukan kita dengan orang yang salah dahulu barulah ALLAH menemukan kita dengan orang yang betul” dan orang yang betul itu adalah dia .
Oleh itu , aku tak naklah dia rosak disebabkan aku . Bagi aku dia sangatlah perfect dan baik . Oleh itu , aku harap aku dengan dia tidak bercontact lagi lepas ni . Aku cuma rasa malu dengan diri sendiri sebab luaran aku jaga , tetapi pergaulan tak terjaga. Bukan bermakna aku ingin putuskan hubungan kami . NO ! Tidak sama sekali . Yes , we were friend and we are and forever will be ! Tapi still niat tidak menghalalkan cara kan ? Antara kami tak ada apa-apa yang menghalalkan sebarang contact .
Jadi kenapa kami still contact ? AKU TAK BAIK !! , Sebab kalau aku baik , aku tak akan chat dengan dia macam tu . Ada masa aku lalai , Cuma aku harap aku dapat kerjasama daripada dia sebab aku tak mampu untuk fight sorang-sorang . Namun begitu , aku tidak pasti sama ada kami boleh lakukan ini atau tidak kerana kami berlajar di dalam satu class . Yes , we’re classmate . And everyday we’ll see each other because we’re in the SAME CLASS ! Aku harap dia baca apa yang aku tulis ini kerana aku tak mampu untuk memberitahu pada dirinya kerana mungkin sukar untuk dia menerima keputusan aku ini .
Bak kata his mom yang mengatakan bahawa dia tidak sesuai lagi untuk bergf-gf takut nanti result tak cantik. Yeah , apa yang dikatakan oleh mak dia memang betul . Yela , aku takut la , elok-elok result dia sekarang ni lawa-lawa , tiba2 bila dia terlebih layan karenah aku ni , result dia jadi buruk pulak . Tak nak la benda macam gini berlaku kan . Aku tak nak la rosakkan masa depan dia yang cerah tu . AKu nak sekarang biar lah dia concentrate pada pelajaran kerana tahun ni kami akan menduduki SPM , the biggest exam yang akan menentukan ke mana kami akan pergi . Sama ada melanjutkan pelajaran ke luar Negara or dalam Negara supaya dapat kerja bagus atau just kerja kat tepi jalan . InsyaALLAH , selagi nyawa dikunjung badan , aku akan tetap menuggu dia . Anyhow , aku dengan dia masih dalam hubungan sebagai kawan or maybe up sikit jadi “special friend” dan bukanlah hubungan sebagai sepasang kekasih . Namun aku merasakan bahawa dia melayan aku lebih daripada kawan or special friend . Itu yang membuatkan aku risau . Selain risau aku akan terlebih mengharapkan dia yang akan membuatkan aku kecewa . Namun demikian , dia akan tetap berada di hati aku
I can feel the heat ^^

Yeyeyeyeye ! sekolah dah nak bukak :) boleh jumpa kawan-kawan . [Kalau ayat perli , "BETUL KE NAK JUMPA KAWAN ? KE NAK JUMPA TUT TUT ? " ] haha, ngeng ! aku nak jumpa semua orang sebab aku rindu sangat-sangat kat dorang . Lebih2 lagi classmate yang aku sayangi + cintai tu ^^

Ye , memang semangat nak pergi ke sekolah , tapi tak pikir pulak yang homework bertimbun tu still tak siap-siapkan lagi . Aduyai , banyak nya :( Hope sempat buat dalam masa sehari . [minggu lepas dah cakap benda yang sama da , tapi tak buat-buat jugak] ==' Haritu dah kena membebel dah dengan SIDIA . Haiyo , my mom tak bising dia pulak yang menggantikan my mom. HAHA. nvmn la . At least aku ada la juga rasa malu pada dia . Nanti mesti boleh siapkan punya :) Thankyou my dear ^^ SO bila nak start ni ? esok sehari je lagi cuti ! ALAAAAA , kaust sekolah tak basuh lagi ? Haaa, jenuh .. Itulah akibatnya kalau menangguh-nangguhkan kerja . *PADANMUKASYAHIRAH (╥﹏╥)
Tapi, aku memang suka pun buat kerja last minute . Nanti kerja kau lagi cepat siap :) Maybe tak perfect sangat la kan ^^
Ok, hari ini TAK BOLEH MESSAGE ORANG !! (ノಠ益ಠ)ノ . Kenapa ? sebab my sis guna phone *denganmukayangsenyumkambing ≧ω≦ . well , kiteorang ni nak berjimat sikit so phone pun kongsi-kongsi ^^ topup pun tongtong je . JIMAT punya pasal ^^ Tapi sometime berjimat ni boleh buat orang rasa annoying pada diri kita . Macam aku . HAHA, habis kena kutuk sebab terlalu berjimat ^^ [Tu bukan berjimat tapi KEDEKUT] ≧❂◡❂≦ *winkwink . Heeee . Back to the story , i wonder if he send me a text while my sis use it . HAHA, btw i've told him about that . Yeah , you know my sis . I hope my sis won't angry him .
Btw , sekarang mood kpop aku kembali lagi . Ni gara-gara SHINee nak wat comeback la nie ! HAHA. Kalau nanti budak-budak SPM 2011 gementar untuk ambil result , SHINee akan gementar untuk perform lagu baru dorang . Kekke ^^ GOOD LUCK SHINee ^^ Wish you all the best . and for all SPM 2011 candidate , wish you all get a good result . Amiin :) This year , my turn to face on that war . Yeahh ..
So, ada nampak sebarang perubahan kat blog aku ? WOAHHO , dah edit dah . wink wink ^^ lagu tu bising kan ? itulah menandakan bahang kehangatan sempena comeback SHINee for SHERLOCK . hohoho ^^

Kata Hati [Part 4]


Tahun 2011 berlalu dengan memori-memori yang indah .
Bermula lah tahun 2012 , tahun di mana aku akan menghadapi SPM , the biggest exam in my life .
Hari pertama bermula dengan keriangan . Almaklumlah , lama tak jumpa kawan-kawan + dia . Rindu la . Hari-hari disekolah berlalu dengan begitu saja . Nampaknya , kami masih tidak matang dalam pembelajaran since kami still perlu disuapkan .
Tahun ini , seperti tahun yang paling mencabar dalam hidup aku . 1] terpaksa berusaha utk SPM , 2] terpakasa berusaha untuk mempertahankan hubungan aku dengan dia. Hal ini kerana , aku mendapat tahu bahawa ada orang minat dia . Memang dari dulu aku sudah dapat syak orangnya , tapi aku just ignore . Sehinggalah budak0budak kelas kecoh cakap yang ada orang dah cop “dia” . Time tu aku tengah membuat kerja . Tersentap aku apabila dengar apa yang mereka cakap . Hati aku sudah meraung-raung . Tidak sanggup aku hadapi semua ini . Tapi, aku cakap pada diri aku yang aku percayakan dirinya . Nasib baik ada kawan yang sangat sayang pada aku . Merakalah yang menjadi orang tengah kami . Apa-apa masalah aku akan mengadu pada mereka berdua . Berkat kata-kata semangat mereka , Alhamdulillah , aku dapat melalui liku-liku hidup ini dengan tenang .
Sehingga pada hari di mana , dia memberitahu aku bahawa that girl suka dia . that girl luahkan rasa cintanya pada dia dengan cara face to face . AKu rasa tercabar jugak sebab aku ni tak seberani dia . Hati aku sedikit hancur apabila mengetahui perkara itu . Namun begitu, hati aku bagai tercantum semula kerana dia memberitahu bahawa dia sudah ada yang berpunya . Aku rasa lega . Dia beritahu bahawa tiada perempuan lain selain aku di hati nya. AKu percaya akan dia dan aku harap perasaan dia pada diri aku akan berkekalan sehingga kami dipertemukan jodoh . Aminnn .
Bagi aku , dia adalah seorang yang sangat caring , responsibility and kind I hope , we’ll be the happiest couple in the world . Amiinn .
Kata Hati [Part 3]


Hari demi hari aku menahan perasaan aku , tibalah masnaya dimana aku sudah tak tahan menahan perasaan aku ini . Lantas aku memberitahu dia tentang perasaan aku melalui FACEBOOK . Alhamdulillah, dia tak cakap bukan-bukan kat aku MALAH dia balas cinta aku ! Tak sangka dalam diam dia pun suka akan aku . Atleast , aku taklah bertepuk sebelah tangan . Actually , sebelum aku meluahkan rasa hati aku ini , sorang kawan aku sudah dapat mengesyak yang dia suka akan aku . Tapi, aku just biar kan kerana kurang percaya . YEla kan , tak kan la orang macam dia nak suka perempuan macam aku ni . Dah la tak cantik , tak pandai . Dah tuh , tak pandai berkata-kata pulak . Fortunately , hari itu menjadi hari yang paling menggembirakan .
Pada hari yang seterusnya , hubungan kiteorang semakin akrab . Even kami hanya sekadar kawan , tapi kalau orang yang tak kenal kami , mesti menganggap kami ini adalah pasangan kekasih . He’s so romantic . I never though that he’s romantic . Kadang-kadang geli pun ada juga . Tapi , itu la diri nya . Berbeza betul cara dia layan aku sebelum and selepas aku luahkan rasa hati aku . Sejak itu , banyaklah lagu + drama yang dia recommended kan pada aku . Sehingga kan kalau watak dalam drama pun , dia sama kan aku dengan heroin nya dan dia sebagai hero nya. HAHA.
Puisi : Kasihku Dalam Diam

Sekali lagi aku menyelongkah di ILUVISLAM dan aku terjumpa satu puisi :
Di sudut sepi,
Aku termenung sendiri,
Hati bertalu lontarkan pertanyaan,
Otak ligat mencari jawapan.
Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar ianya satu dosa,
Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya.
Ya Allah,
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing.
TakdirMu melebihi segalanya,
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati.
Aku merindui, aku menangisi,
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati.
Dia menolak aku dengan sopan,
Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan,
Aku tersenyum walaupun terkilan,
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya.
Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya.
Amin.
credit to ILUVISLAM"Mind your own business."

How are ya guys ? what to do ? i think he's touching with me since i don't have a time to text him . Haiyaa , I'm a bit busy la just now doing my homework . Hmm , lagipun aku tak nak la parents Si Dia pandang slek sebab asyik dok massage je . Almaklumlah , haritu dah kena ceramah dengan mak dia . SO aku harap aku boleh kurangkan massage dengan Si Dia agar parents dia tidak bersangka buruk padanya . Tapi aku tak bermaksud tak nak message dengan dia . I'm just worry about him . It's all for his kindness too . I'm scare if he get the bad result just because of me even though i know he's not someone like that . I know he can do / face anything that come on him . I'm just want to less messaging him for his goodness NOT goodless ok !
Btw , talk about the title today , I found such a nice video from my chingu's fb's profile . Lets watch together^^
Such a pretty girl that's really brave in giving the da'wah to people especially ISLAM . with a beautiful accent that really nice to hear . May ALLAH Bless her .