I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Broken friendship.



Tak semua benda yang kita inginkan akan terjadi dan tak semua benda yang terjadi adalah benda yang kita inginkan. Sesetengah orang kawan merukan hidup mereka dan tak boleh hidup tanpa kawan. Ada orang pula kawan dijadikan lawan. Kononnya boleh hidup tanpa kawan. Ada orang bila bergaduh besar dengan kawan, terdetik dihatinya untuk memperbetul hubungan yang telah punah ranah tersebut. Dan ada juga orang hanya fikir "Biar la dia nak buat apa pun, dia dah TAK dek kena mengena dengan aku" [tak fikir nak berbaik pun].

Lain orang lainlah perangainya namun kita hanya sama sebagai hamba ALLAH . Persengketaan boleh berlaku apabila wujudnya orang ketiga [syaitan / batu api] yang tidak senang melihat orang bahagia. Persengketaan tidak akan berlaku jika kita mempunyai kesabaran yang kuat dan keimanan yang teguh. Tak semua orang mempunyai sifat sabar dalam diri mereka. Kawan yang benar-benar baik merupakan kawan yang terima kita seadanya dan sudi memberi teguran jika kita ada buat kesilapan.



Kali ini, aku merasakan bahawa diri aku teramat lah teruk kerana aku tak mampu untuk memperbaiki hubungan kami sebagai kawan. Aku gagal menjadi seorang kawan yang baik buat dia. Aku telah menaikkan kemarahan dia walaupun aku tahu dia memanglah seorang yang pemarah. Hal demikian, aku telah cuba untuk menjadi yang terbaik pada dia dengan hanya melemparkan senyuman kerana aku bukanlah seorang yang berani untuk bersuara.
Hubungan kami menjadi baik HANYA buat seketika. Kali ini aku tidak boeh menahan kemarahan aku pada dia. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku sudah penat menahan sabar dengann perangai dia yang "nak tak nak" je layan aku. Sehinggalah satu insiden berlaku yang telah membuatkan aku rasa..aku memang tak layak untuk menjadi kawan dia dan kemungkinan juga dia pun berasa demikian [aku tak layak menjadi kawan dia]. Sampai sekarang hati aku masih terasa sakitnya dan sedih . Namun begitu, tidak bermakna aku akan melupakan dia buat selamanya. Masih ada niat untuk menjadikan dia sebagai kawan cuma sekarang bukanlah waktu yang sesuai. Hanya menunggu masa..

Thankyou for reading :) Give me some advice .