I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Picture with friends :)



Thankyou to my lovely friend , Schazwani sebab belanja i and sarah makan at TS :P
Beberapa gambar telah diambil . Sikit je la :)

[Ha ! pusingkanlah kepala korag kalau nak tenguk picture ni ! HAHA]

[Yang ni ok je :) ]

sEkian :)

Thankyou for reading :) Give me some advice .

Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar




"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.W


tanda-tanda kematian

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.



Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Waktu Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.

Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?

Kebaikan Solat Waktu Asar
Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila


Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...







"wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1

Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.

Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.

Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri

Wallahuallam...

anda fikir anda tahu Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar? anda fikir sekali lagi

assalamualaikum....

[CREDIT : AKUMIJAE.COM ]
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Present for women and ME ! haha


Hi Hi Hi :) ANyeonghaseyo ! Ohayo >,<
Sapa suka hadiah ? angkat tangan !! *me me me me !! LOLXD.
Sapa yang tak suka hadiahkan . HAHA. semua orang suka hadiah termasuk lah aku even my mom pun suka hadiah. Hadiah ni boleh diberikan pada bila-bila masa je. BUkan hanya pda hari lahir. Bagi hari-hari pun boleh. Tapi agak-agak la nak bagi hari-hari , kang lari bajet kang. HAHA.
Kadang-kadang memang susah kalau nak pilih hadiah buat seseorang , lagi-lagi yang berlainan jantina dengan kita. Tapi pada pendapat aku la kan, perempuan ni lebih sukakan hadiah yang bagi mereka [aku jugak] , nampak sweet + comel . Hadiah yang bermakna adalah hadiah yang ada sentimental value. tahu takk ?
Contohnya , Teddy Bear . Tahu tak, teddy bear dengan sigadis merupakan sahabat baik ? pikir-pikirkan lah kenapa . HOHO.
Contoh yang lain , coklat . DIkategorikan sebagai "sweet" jugak kan ? HAHA. Perempuan memang suka sangat-sangat dengan coklat [termasuk lah aku] . Tapi kalau nak bagi tu, jangan la bagi banyak-banyak sangat . Boleh menaikkan berat badan. Well, perempuan ni suka jaga badan. Sanggup tak makan seminggu woo . HOHO.
Selain itu , accessories kan ada . Kalau kasi accessories, sigadis tu boleh la pakai kemana pun dia pergi . ATleast anda[orang lelaki] berasa happy la jugak kan kalau sigadis menghargai hadiah yang anda beri.
Tapi, kena tenguk la jugak kan perempuan tu macam mana. Kalau dah perempuan macam lelaki, sorry to say la. I don't have any idea about it ! HAHA.
Bagi aku , aku tak kesah hadiah apa pun yang aku dapat selagi hati si pemberi tu ikhlas and tak mengharapkan balasan . HEHE.
Baru-baru ni, aku baru je menerima satu lagi hadiah sempena birthday aku yang dah lepas tu. Tak sangka ada orang masih ingin memberikan aku hadiah ! HAHA.
AKu dapat apa ? HOHO. AKu dapat TEDDY BEAR ! hoho, first time seyh dapat TEDDY BEAR , lagi-lagi daripada seorang yang bernama lelaki ! LOLXD. My classmate la yang kasi .
Malu la and tak expect pun yang dia nak kasi kat aku sebab katanya, hadiah tu untuk sepupunya . Aleh-aleh sepupu yang dia maksudkan tu adalah aku ! HAHA.
Apa-apa pun, TERIMA KASIH , THANKYOU , KAMSAHAMNIDA , ARIGATO ....
to AQIB sebab sudi bawa kotak yang besar pergi sekolah . HAHA ^^
Nanti, kalau cukup bajet , insya-ALLAH aku balas hadiah kau ^^ tapi tak janji tau ! LOLXD.
Ikhlas kan ?? HAHA..
ALright , thats all about HADIAH ! hehe :)
thankyou.

Thankyou for reading :) Give me some advice .

Happy CNY ^^


Rasanya baru je masuk tahun baru 2012 , tok tok dah masuk tahun baru cina ! Cepat bukan masa berlalu. Bunyi firework kedengaran pada malam tadi. Bukan main bising lagi sampai nak tidur pun tak boleh . Aleh2 tenguk korean drama kat dramacrazy.net . HAHA. Bukan firework je, meriam pun ada . Memang bunyi macam orang tengah berperang la kan..
Tapi rasanya, semalam punya firework tak semeriah tahun tahun sebelumnya . Maybe disebabkan oleh cuaca yang tak begitu baik. Asyik hujan je , tapi kita sebagai manusia [hamba ALLAH] tidak boleh la nak berkeluh kerana ada hikmahnya ALLAH menurunkan hujan. Yela kan, sejak daripada awal tahun haritu , Malaysia ni panas je kan macam dekat GURUN SAHARAH bukan ? ^^ Sekarang, ALHAMDULILLAH , dengan turunnya hujan, cuaca menjadi sejuk walaupun menjadi penghalang terhadap aktiviti2 yang kita ingin jalankan.
Lebih-lebih lagi hari ini merupakan CNY . Kalau tak hujan pada pagi/tengah hari ini.. boleh la jiran Cina aku tu pasang mercun papan yang besar tu . HOHO. Selalunya, kalau ada perayaan tahun baru Cina ni, jiran aku tu mesti invite Naga singa lagi . SO, kami sebagai jiran tetangga , pasti memeriahkan lagi keadaan dengan menyertai/menonton persembahan naga singa tersebut. HEHE ^^ Harapan la nak makan sebab kita tak tahukan apa bahan yang mereka letak dalam makanan tu. Well, Chinese kan suka letak alkohol dalam makanan + benda-benda yang haram dimakan la bagi orang ISLAM :)
Apa-apapun, tujuan aku buat entry ni untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU CINA
buat kawan-kawan, jiran-jiran dan semua warga Malaysia mahupun negara2 lain yang menyambut CNY ini :) Gong Xi Gong Xi ^^
Mau Angpauuuu !!! Mau Limau mandarin . hehe>,<

HAHA, alright :) thats all for this morning ^^

Thankyou for reading :) Give me some advice .