I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Hari kesenian ISLAM :)

Assalamualaikum :)

Pada hari khamis [ 28/7/2011 ] , SMKBBSB telah mengadakan beberapa aktviti bersempena dengan minggu kesenian Islam . and aku , telah menyertai beberapa aktiviti seperti , nasyeed dan menu sihat ramadhan.

Nasyeed bagi perempuan ada 4 kumpulan. Kumpulan aku ada 9 orang . Kiteorang telah membawa lagu Nurul Iman yang dinyanyika oleh Amar dan lagu Rabiatul Adawiyyah yang dinyanyikan oleh In-team . Disebabkan kiteorang kumpulan yang pertama membuat persembahan , memang perasaan gugup muncul dalam diri . lagi2 akku . Agak banyak la kesalahan yang aku buat . harap juri tak perasan la kan? KEKE. Tapi , hilang rasa gugup after persembahan untuk lagu nurul iman habis :) Time lagu Rabiatul Adawiyyah , part last sepatutnya kiteorang pegang bunga. tapi bunga yang aku bawak tu , tetibe jauh kedudukannya sehingga aku ta leyh nak amik. agak malu la time tuh . tak menjadi lakonan kiteorang . hara juri tak perasan lagi :)

After nasyeed , aku pergi kat meja untuk menu sihat aku. kawan aku sudah menanti aku . kiteorang buat kerja dengan cepat since masa tidak cukup. Semasa kiteorang membuat persiapan, agak ramai la orang yang datang ke meja kiteorang sebab mungkin, makanan kiteorang sedap ! HAHA.. Kteorang ada buat [ PUDNG ROTI CARAMEL & MACAROONI ALA MAMA]. memang sedap weii :)



Lepas jer jur test kteorangnye makanan , habes semua orang serbu meja kteorang sebab nak rasa makanan kteorang . HAHA. sampaikan guru kelas aku pun join. HAHA. memang best la :D
Then , kteorang kemas2 la meja :)





[tenguk !! rajinkan diorang :) padahal group aku 2 orng je termasuk aku . penolongnya, huh , ramai .. HAHA ]


Mereka memang kawan yang terBAIKK la !! HAHA.. :) eh, aku pun nak bergambar . eceh cehhh ! :))







Okay , thats all for today :) hopefully , kiteorang menang !!
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Assalamualakum.
1 lagi artkel yang ngn aku kongsikan at korunk !

[cr : as tagged @ cintadearhaniey ]

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.


[cr : as tagged @ cintadearhaniey ]
Thankyou for reading :) Give me some advice .

APAKAH HUKUM BERKAPEL??

[cr : as tagged @ merapukupukupu.blogspot.com
]

Assalamualakum . har ini, aku tertark untuk mengeSHARE kat korunk pasal benda cam ini.. :0


[Assalammualaikumm..
arini hamba hendak sentuh sikit tentang sesuatu perkara yang biasa kita lihat pada zaman sekarang.. COUPLE ..ramai dah sedia maklum kapel itu haram..tapi kenapa ye masih ramai lagi buat perkara haram tersebut...hahh di bawah ini..hamba nak terangkan serba ringkas tentang etika2 yang perlu korang buat bagi kita mengelakkan korang dari terjerumus ke arah perkara maksiat ini..satu dalam konteks hukum hakam islam dan satu lagi dalam konteks merapuuuuu....
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM
Menundukkan pandangan
Allah dalam firman-NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur: 30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur: 31)

Menutup Aurat

ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita

Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka minta lah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG MERAPU

Memandang wajah kekasih sepuas puasnya

Rindulah dengan si DIA...kalau sehari tak berjumpa janji dapat pandang gambar pun cukuplah...rindu sesangat..

persoalannya
tak terangsang ke nafsu korang??

Pakaian tidak menutup aurat

Sekarang zaman moden la..kenalah ikut gaya terkini..barulah bergaya...barulah si DIa cair...takkanlah kita nak bergaya kolot nanti orang luar tengok apa..hisyyy x maju lah gitu

persoalannya
mana letak adab dan hukum hakam islam?? kolot gak ke??

Pergaulan yang melampaui batas

Barulah open minded. Kolot lah korang yang tak pandai bercampur.

persoalannya
kalau dah terlebih sangat macam mana nak buat tu??sedarkah korang setiap perbuatan kita tu dicatat oleh malaikat??

Berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan

Nak berdua lah senang..Senang nak share masalah..senang nak beromantik..tak adalah orang kacau nanti..

persoalannya
tahu ke korang ada orang ketiga semasa korang berdua tapi korang tak nampak??orang ketiga ni orang yang dilakhnat ALLAH dan "KING" dalam menghasut orang

Melunakkan ucapan kepada kekasih hati yang bukan muhrim

Alaaa nak manja sikit sikit je..tak boleh ke??kita kenalah selalu menelefon kekasih hati..kena ambik berat pasal si DIA..kenalah bagi suara manja..nanti dituduh kita kasar...

persoalannya
korang tak sedar ke yang setiap perbuatan korang dilihat oleh ALLAH???tahu ke korang yang kata-kata tu boleh mengakibatkan sesuatu perbuatan tanpa fikiran??

Menyentuh tangan atau anggota pasangan

Cinta punya pasal...i sanggup korban apa sahaja demi u...permulaannya tanganlah...lepas tu up to u lahhh

persoalannya
Korang faham tak pepatah mengatakan "Apabila nasi sudah menjadi bubur" dan "Apabila ditebuk tupai"??dua pepatah yang berlainan tapi mendalam maksudnya ]

Thank you kepada hamba ALLAH in yang telah mengePOST benda n kat blog dia :)
Thankyou for reading :) Give me some advice .

bercinta, mengurat dan berkapel…

Assalamualaikum .
Aku baru menjumpai comment orang berkaitan dengan hukum bercnta di > cintadearhaniey <

Sebelum terlanjur..baik kiter sama2 paham dulu apa yang dimaksudkan dengan bercinta, mngurat dan berkapel…
apa itu kapel, bagaimana yang dimaksudkan dengan bercinta berlandaskan syariat, bagaimana pula cara terbaik untuk mengurat tanpa melanggar batas2 agama..tak mengurat tak bercinta, tak bercinta taklah berkapel..betul ke?

actually pada saya bergantung pada diri sendiri. mengikut kebanyakan pendapat ulama’ memang kapel tu haram. tapi kapel yang camne?kal0 kapel sampai wat kita tak malu ngan Allah nak ikut perintah Dia,buat kita lalai dalam mengingatiNya, sampai time s0lat pun leh kenang2 kat si dia,2 yang dikatakan haram. kiter ni bukan sebaik, semaksum para nabi dan rasul Allah yang dijamin di sisi Allah. kita insan banyak kekurangan dan kelemahan. hati sentiasa berbolak-balik. iman pun turun naik setiap masa.

yang penting usaha dan tawakal.cuma masalahnya sekarang kebanyakan dari kiter cuma teringin nak berkapel sebab orang lain pun berkapel. sekadar nak merasa kehangatan berkapel – bukan bercinta. cinta yang sebenar sentiasa menjaga kebaikan, maruah pasangannya. agamanya dipelihara.nafsu ditahan. impian bersatu di dalam redha Allah sentiasa dipegang setiap masa.

betul, memang dalam tempoh solo ni kita dituntut untuk wat pilihan sebaik mungkin. tapi apa salahnya jika kita berserah pada Allah. jangan letak harapan. xnak jz nak cuba2. kunun nak try test dulu kapel ngan orang ni camner, pastu ngan orang tu pulak, tak serasi, putus masuk line orang sana pulak…apalah salahnya bila jumpa seseorang, ada feel plak 2, cubalah ‘tanya’ Allah. sebab Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. sebab Dia yang ciptakan jodoh untuk kita. kiter poyo suker camner pun tapi kalau Allah gtau xyah berangan la..2 bukan jodoh korang..memang takyah berangan la korang. 2 yang sampai frust tonggeng2 2.sebab kita langsung tak berbalik pada Allah.nak bercinta, bercinta la..tapi pada2 la. jangan lupa Allah..2 je..

[ cr : as tagged @ cintadearhaniey ]
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Betol ke tak ?

Assalamualakum & hi kepada kawan-kawan sekalian..


Alamatnya , page ini jadi Diary aku la. Since aku selalu tulis kat sini pasal hidup aku. About my title today " betol ke tak?' ..
Sebenarnya , ini disebabkan .. ada classmate aku ni , yang bagaikan tukang tilik boleh nampak bahawa aku dan SI DIA ada harapan untuk bersama . lagipun , bukan dia sorang je , ada lagi classmate lain yang berfikiran sebegitu . Aku tak tahu la nak percaya ke tidak . Hari tu , budak ni ada cerita kat aku , yang dia and member dia sorang lagi try untuk menanyakan soalan dekat SI DIA mengenai aku . "Kau suka dia ehh ? " . then, dia cakap yang SI DIA aku tu malu2 la. perkara itu normal la kan. mungkin sebab dia pelik asal la diorang tanya soalan ini kat SI DIA aku tu . Tak mungkin la SI DIA jatuh hati kat aku ! Sebab aku ni tak sama taraf la dengan SI DIA la. Tapi , diorang cakap , diorang ada perasan akan berubahan yang berlaku pada SI DIA . mereka dapat rasa yang SI DIA suka kat aku . Tapi , perkara itu sungguh mustahil bagi aku ! TIDAK MUNGKIN. tapi , kalau ada jododh tak kemana . eventhough SI DIA ni lelaki idaman aku yang sudah hampir 5 tahun aku cari dan akhirnya kau jumpa kat sini .. tapi, aku tetap rasa yang SI DIA tak akan pernah suka kat aku . Jauh beza antara kiteorang ! .
Kadang2 , aku selalu mempersoalkan pada diri aku .. bolehkah kita menyukai seseorang dan mencintai seseorang itu ? Ada yang cakap ,, tidak salah untuk menyukai seseorang kerana sudah memang lumrah kita sebagai manusia . Tetapi , bolehkah kita berkapel ? ada yang cakap , islam tidak melarang umatnya untuk berkapel selagi tidak menimbulkan unsur2 maksiat , zina dan perkara2 yang dilarang oleh-NYA . tapi ada juga fatwa baru yang menyatakan bahawa berkapel itu HARAM . so, sekarang , mana yang betol ? aku keliru .. Ada la juga aku search GOOGLE fasal perkara2 macam ni .. susah nak faham .



Tapi aku ada terjumpa ayat ni .:-

CINTA KEPADA TUHAN ADALAH YANG ABADI
CINTA KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W CINTA YANG HAKIKI
CINTA KEPADA AYAH BONDA SERTA KELUARGA HANYA SEMENTARA
CINTA SESAMA INSAN SUBURKAN DENGAN KETAKWAAN

Thankyou for reading :) Give me some advice .