I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Bila ada adik yang nakal =='



Hi peeps ^^ Korang ada adik tak ? for sure ada kan ? berapa orang ? ramai takk ? best tak ada adik ? Fuhhh . Yang ada adik tu , mesti rasa apa yang aku rasa kan ? Lebih-lebih lagi kalau adik korang tu tersangatlah nakal .
Well , i've 3 little brother which are 4 ,8 and 9 years old ! They're too naughty that always make my mom and i pressure . Kalau dekat rumah , memang tak sah la hidup dorang kalau tak buat kami marah . Marah dek kerana sepahkan rumah , tak dengar cakap , bergaduh . Haihh , budak zaman sekarang ni . Memang tak tahu nak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka .
Memang tak ada gunanya kalau my mom and i membebel sepanjang masa . Bukannya dorang peduli pun . Buat bodoh and selolah-olah kami ini tidak wujud . Tapi bila susah barulah nak cari kami . Haih , nasib baik mereka tu adik2 aku , kalau tak memang dah kena halau dah [sanggup ke halau orang ? ] bhahaha , well .. aku kena berlajar sikap bersabar semasa berada di rumah .
Adik-adik aku ni ada masanya menjadi musuh antara satu sama lain . Ada masanya menjadi sahabat yang tersangat la baik. well , itulah yang dinamakan adik-beradik . Kalau nak diikutkan , sesiapa yang menjadi jiran kiteorang , tersangatlah malang sebab hari-hari ada pencemaran bunyi yang datangnya dari rumah kami . Kesian betul jiran-jiran aku ni .
Bila ada adik yang nakal , memang pressure betul rasanya hati ini . Asyik nak marah je [aku la] . Mana tak nye , bila kita tengah duk diam ke apa, nanti tiba2 buat bising . Aduhhh , itulah budak2 . Disebabkan aku ni jenis yang hot-temper sikit [kat rumah je] , memang nak pecah la rumah kalau aku bukak mulut . Adala rasa malu dengan jiran2 , tapi nak wat cam mana , dah terdesak sangat . :P
Duit gaji aku pun menjadi mangsa kenakalan budak2 ni . Haihhh , macam mana nak aku nak bukak kedai kalau duit asyik diambil je ==' tAK apa , sabar itu separuh daripada iman :)

thanyou

Thankyou for reading :) Give me some advice .

Kata Hati [Part 7]



Kadang kala , dia bersikap pelik dengan aku , dengan menanyakan bahawa apakah benar aku cintakan dia , apakah benar aku sayangkan dia . Aku tak tahu kenapa dia bertanya demikian . Adakah aku telah membuatkan hatinya terasa dengan perkara-perkara yang aku lakukan ? AKu pun tidak pasti apakah yang telah aku lakukan sehingga dia bertanyakan sedemikian . Demi ALLAH , aku sangat sayangkan dia . Pertanyaan dia ini sering terngiang-ngiang difikiran aku . Mencari jawapan bagi pertanyaan dia itu . Namun , aku masih belum mendapat sebarang jawapan .

Di sekolah , boleh dikatakan 80% cikgu-cikgu bercakap mengenai orang yang sedang bercinta semasa dibangku sekolah . AKu pasti , ramai orang yang terasa dengan kata-kata cikgu termasuklah aku dan mungkin si dia juga . Cikgu selalu berpesan agar janganlah bercinta dahulu , tetapi berusahalah untuk mengejar cita-cita . Kebanyakan cikgu hanya bercakap benda yang sama . Sehinggalah apabila guru kelas ku menyatakan bahawa kebanyakan orang yang sedang bercinta , salah seorang daripadanya pasti tidak akan dapat mengejar cita-cita kerana leka dengan cinta . Kata-kata cikgu itu membuatkan aku risau jika salah seorang daripada kami akan gagal dalam hidup . AKu tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada kami mahupun pasangan kekasih yang lain . Aku pegang akan kata-kata cikgu itu .

Aku bersyukur sangat-sangat yang si dia juga faham akan situasi kami sebagai seorang pelajar SPM . SItuasi di mana kami memerlukan lebih banyak ilmu untuk mengejar cita-cita dan bukannnya kaish sayang untuk mengejar cinta . Oleh itu ,aku telah mengambil keputusan untuk mengurangkan bermsg dengan dia buat sementara waktu bagi mengejar cita-cita masing2. Bukanlah hanya cita-cita untuk hidup di dunia , malah juga cita-cita untuk hidup di akhirat . Tidak ada yang menghalalkan hubungan kami . Justeru itu, keputusan ini telah diambil tanpa melukakan hati mana-mana pihak . Kami telah berhenti daripada berhubung melalui telefon . Bukan beerti kami ini putus hubungan . .
Dia ada menyatakan bahawa dia ingin mengejar cita-citanya di mana dia ingin menjadi chemical engineer selain untuk meringakan beban kedua ibu bapanya . Setelah dia berjaya dalam hidup , barulah kami akan kembali bersama . InsyaALLAH , dengan izin ALLAH . Amiinn . Oleh itu , sedikit sebanyak aku telah melakukan perkara yang selama ini adik aku menyuruh aku untuk melakukan hanya untuk mengelakkan diri aku daripada terjebak dalam kancah maksiat mahupun zina yang merupakan perkara yang dibenci oleh ALLAH dan RASUL . ALHAMDULILLAH , berkat hidayah daripada ALLAH , aku dapat menerima/membuat keputusan ini dengan hati yang terbuka . AKu juga ingin mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang chef , InsyaALLAH jika masakan aku benar-benar sedap  Dan juga ahli meteorology jika aku hebat dalam fizik . InsyALLAH , .
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Kata Hati [Part 6]




Masih ada lagi waktu untuk kami saling mengenali antara satu sama lain kerana aku pasti bahawa dia masih tidak mengenali aku dengan sepenuhnya . Begitu juga dengan aku . Ada suatu ketika aku merajuk dengan dia . Aku berfikiran yang dia akan berputus asa untuk memujuk aku , namun sebaliknya . Dia berusaha dengan sabar untuk memujuk hati aku ini . Yang sebenarnya aku hanya ingin test dia sejauh mana dia boleh bersabar dengan sikap aku . Aku terharu sangat kerana dia tidak berasa muak dengan perangai aku yang manja . Bukan manja untuk membuat dia menyampah , tapi hanya nak dapatkan lebih kasih sayang daripada dia . He did it ! Tapi , mungkin juga dia TIDAK lagi berasa muak dengan perangai aku kerana boleh dikirakan bahawa kami ini baru sahaja kenal [ even dah nak masuk 2 tahun ] . Mungkin kalau aku selalu bersikap begini , dia akan semakin menyampah dengan aku .
Ada suatu ketika , dia juga test aku . Dia membalas text yang aku hantar di mana aku menyatakan bahawa aku sedang melukis/busy dan ingin sambung text setelah selesai melukis dan dia membalas dengan berkata seolah-olah apabila text dengan aku , battery phone dia akan habis . Pada ketika aku membaca text tersebut , aku sudah berasa tidak sedap hati . Hati aku tiba-tiba berasa sakit seolah-olah dihunus dengan pedang yang tajam . Lalu air mata aku pun bergelinang jatuh drop by drop ke atas lukisan biology aku . I cried non-stop suddenly .Tidak mampu aku untuk menekan keypad phone untuk membalas text dia . Pada saat itu , aku sangat memerlukan someone untuk meredakan hati aku yang sakit ini . Lalu aku menghantar text kepada rakan ku dengan meluahkan segala yang hati aku rasa .
Pada masa yang sama , aku medapat text daripada rakan kelas aku yang juga merupakan orang tengah kami . Mereka berdua telah melegakan hati aku walaupun hanya untuk seketika waktu . SI Dia masih menunggu reply daripada aku . Disebabkan aku ni juga seorang yang cepat kesian kan orang , aku pun reply text dia dengan mood yang tak berapa nak baik . Dia memohon maaf atas segala silap dia dengan alas an dia hanya ingin test aku . Ok , nevermind , I forgave him and I hope he won’t do this to me again . AKu memang jenis yang lemah semangat and kuat emotional + tacink . Tetapi aku juga seorang yang senang dipujuk . Namun , aku tak akan pernah lupa akan apa yang dia pernah buat pada aku . BUkan sahaja dia , malah orang lain juga . AKu akan sentiasa ingat peristiwa dimana orang telah membuatkan aku menangis .
Pada keesokan paginya , aku mendapati bahawa mata aku ada sedikit bengkak kerana telah menitiskan air mata dengan banyak . Lalu aku cover bahagian bawah mata aku dengan krim muka . SO, orang tak akan perasan la kan ? Hee  Ye , aku pun pandai berlakon juga la . Dalam masa aku test dia , dia pun gedik-gedik nak test aku . HAHA , ok . Nampaknya dia tidak mengenali aku lagi .Itulah sebabnya aku menyatakan bahawa masih ada waktu lagi untuk kami saling mengenali antara satu sama lain . Jika memang dia jodoh aku , lambat laun , ALLAH pasti merapatkan kami berdua . InsyaALLAH .

thankyou

Thankyou for reading :) Give me some advice .