I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

LIKE blog saya di FACEBOOK .

Assalamualaikum.
hey hey kawan2 :)

Tadi, saya baru je buat page dekat FACEBOOK !
Tapi, tak tahu la macam mana nak letak "LIKE BOX" kat Blog .
So, sekarang, saya nak promote la page saya. hehe.

HOPE, bagi sesiapa yang ada FACEBOOK, sudi-sudi la LIKE page saya ni..
Untuk LIKE , TEKAN > Secret Place [Blogger updated] < .

btw, bagi sesiapa yang tahu macam mana nak letak like box / like button untk page ni dekat blogger, harap diinformkan yerk :)

Jasa baik anda amat saya hargai :)

terima kasih :)
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

Assalamualaikum..
Hari ini, saya nak kongsikan kepada anda fasal kenapa cincin perkahwinan disarungkan di jari manis. Actually , saya dapat cerita ini dripada > cik Mawe < . So, mey kita baca :)

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis




satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

[cr : CIK MAWE @ BLOGSPOT , I Like, hahaha~ @ FACEBOOK ]

Thankyou for reading :) Give me some advice .

Andai lelaki tahu .. ?


Assalamualaikum ..
Tadi tersinggah kat blog > kak syafiqah < terbaca pula entry yang bertajuk "ANDAI LELAKI TAHU?" . Baca tajuk pun macam best je kan. So, thats why la saya nak kongsikan kpd anda2 semua :)
Selamat membaca :)


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan i love you, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, tolong tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

*entry ni bukannya datang daripada aku. aku copy paste je. saje share sebab entry ni best. bagi korang yang nak share entry ni di blog masing2, silalah :)

[cr: kak syafiqah @ blogspt ]

Thankyou for reading :) Give me some advice .

Selamat pagi !! - kuruskan badan jom :)

Assalamualaikum..

Selamat pagi buat semua teman2 , para bloggers dan pembaca yang setia [ada ke ?] . Ta kesah la . Hey ! wake up wake ! DAH BANGUN ke BELUM ? Bangun cepat , tak elok tidur sampai tengahhari . Nnti kepala migrain pulak ! Heyyo, dah breakfast ke belum ?
Jum kita breakfast sama2 :) Apa menu pagi ini ? [kongsi menu ok] .

UH, saya tengah penat ni sebab baru je balik daripada jogging kat taman. WOAH ! 2 1/2 punsingan tanpa henti ! HAHA, agak2, berapa banyak kalori hilang eh ? hope dapat turunkan berat balik. Haritu turun sikit, tapi bila dia, naik.. terlebih pula! Haiyoo.
Nak diet, macam dah tak boleh je sebab nanti saya muntah ! HOHO. [tak sedar diri yang diri tu dah kurus] :D

Aduhai, semalam dapat penyakit pulak .. Boleh pula accident jatuh motor depan rumah pulak tu ! HAHA. nasib baik la tak teruk . Just ada luka sampingan. haiyoo .

Em, ok la ! sekian sudah :)
terima kasih daun keladi :) [jemput comment]
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Kenapa tak rogol saya ?? ==

Assalamualaikum..
Salam Ukhwah buat semua pembaca especially umat ISLAM . [perempuan]
Dipagi yang nyaman ini, saya ingin berkongsi cerita perihal pentingnya mengamalkan AYAT KURSI. For sure ramai yang hafal tapi tidak mengamalkan. Saya sendiri pun tidak selalu mengamalkannya.
Actually note ni saya dapat daripada teman blogger saya > kak teha < . Saya dah minta izin untuk mengCOPY dia punya note ni dah :)
So, jom kita sama2 baca .



----------------------------------------------

' Kenapa tak Rogol Saya ? '
Assalamualaikum ^^

title gempak bukan ? hihi . saje nak share cerita ni kepada semua golongan Hawa . ini untuk keselamatan kita semua .



Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


KENAPA TAK ROGOL SAYA???

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

[cr : kak teha @ blogspot ]

Thankyou for reading :) Give me some advice .

All above thats is random ..

Hey guys !!

Hari ini, saya nak share lagu yang dinyanyikan oleh Christina GRimmie :)

Cuba dengar !



So, amacam ? actually lagu ini , ada salah seorang teman saya yang suruh saya dengar sebab ini lagu yang dia suka . :)
Tiba2 pula saya dah obses dengan Grimmie nie.
Hayooo..
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Percaya atau tidak ?

Assalamualaikum :)

Perasan tak title kat atas tu ? HEHE. actually just nak tanya kat korang je la. Korang percaya tak if korang nak kembalikan balik nostalgia yang lepas adalah dengan membaca balik massage2 yang telah dihantar oleh orang yang awak sayang atau membaca balik apa yang telah anda tulis untuk orang yang anda sayang ? HOHO. cuz i do :) Kalau saya bosan, rindu or what, pasti saya akan baca balik massage2 yang lepas . Hal ini demikian akan membuatkan saya tersenyum sorang2 :) SEBAB apa? HAPPY LA ! hehe :)

tu je nak cakap . terima kasih.

Thankyou for reading :) Give me some advice .

Kau sedih ? aku pun sedih jugak !

Assalamualaikum..



Emm, I'm sure that you guys had been love by someone and had been love someone . So i do. But, you know what , selama aku hidup di dunia ni , I'm just met with my true love and i hope he'll be my last guy in my life ! Because he's the only one who's perfect for me ! Emm, so .. i'm feel what he feel but i don't know what to do . Yela , If dia rasa sedih , i'm also terasa tempiasnya . So, thats why la if dia ada problem, i ask him to share his problem with me ! Yah, itulah la gunanya saya disamping dia :) Don't worry "AWAK" , if AWAK ada masalah , AWAK kasi tahu je dekat SAYA . kot2 la SAYA boleh bantu . AWAK happy , nanti SAYA pun happy juga untuk awak ! So, saya harap AWAK berani-beranikan lah diri untuk menegur saya kalau-kalau saya ada buat salah , buat AWAK terasa hati ke . And, jangan jeles ok ? :D BTW, Jelez tandanya sayang tahu tak ? hehe/


Thankyou :)

Thankyou for reading :) Give me some advice .

gay ?

Assalamualaikum..

Hari, saya nak sangat bercerita pasal "GAY" sebab semalam, ada seorang teman saya yang terkena ngorat dengan lelaki yang digelar "GAY" . haihh ! GAY , apa tu eh ? Yang saya faham la kan, GAY ini hubungan antara lelaki dengan lelaki atau lebih dikenali sebagai "HOMOSEKS" . Atau pun yela, suka lelaki je, perempuan tak suka pun ! Actually, cerita pasal kawan saya tu, begini..
Semalam [khamis/13.10] , saya dan kawan2 [2 perempuan [S][Q] + saya & 2 lelaki [A][M]] pergi belajar di library sekolah. Almaklumlah, nak exam . Tapi, saya tak duduk dengan [S]&[Q]. KOnonnya dorang cakap tak nak kacau saya ber"DATING", haduyaii ! OK, so, saya duduk la dengan [A][M] - [classmate] . Setelah beberapa jam belajar , tiba2 ada la sorang ckg lelaki ni yang tegur kiteorang [SAYA][A][M] . Macam2 la dia tanya and bercerita . [pasal dunia akhir zaman] Kiteorang pun khusyuk je dengar . Habis je bercerita, [S]&[Q] panggil saya, then saya pergi la ke tempat mereka yang jauh nun di hujung library . Dalam masa yang sama [A] keluar dripda library mungkin ke tandas. Tinggal la [M] berseorang .
[Time dekat meja kawan perempuan]
-Diorang tanya saya, apa yang ckg tu cakap . Boleh pula diorang pikir yang ckg tu cakap pasal saya yang sorang ni duduk dengan 2 orang lelaki . Thats mean diorang nak cakap yang cikgu tu marah la kan saya . Diorang punya la risau. HAHA. tapi, sebenarnya bukan, then saya cerita la kat diorang pasal apa yang ckg tu cakap.
-Tiba2 je [M] yang berseorangan di meja tadi, bergerak ke tempat duduk [S]&[Q] . Dia dengan muka merah and cuak nya, berceritakan kat kiteorang yang ckg tu ngorat dia ! HAHA. siap ajak pergi tenguk wayang la tu + kasi no phone. HAHA.
Saya memang tak berhenti gelak la time tu. Time tu tiba2 [A] yang keluar ke tandas tadi masuk dan duduk berseorangan di meja kami . Saya terpikir, apa eh [A] rasa kalau ckg tu ngorat dia juga ? HAHA.
Then, saya dan [M] pun kembali ke tempat kami meninggalkan [S]&[Q] . And saya just sengih2+senyum+gelak sehingga la [A] perasan dengan gelagat saya . Dia pun pelik sehinggalah [M] menceritakan kisah sebenar . Apalagi , [A] pun gelak la. Saya dan [M] juga turut gelak. Tak tahan babe !

Kesimpulannya : Lelaki juga harus ada teman ; tak boleh duduk/pergi mana2 sorang2 ! HAHA .

sekian:)
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Baca ni jap !!! :)

Assalamualaikum..

Dipagi nan Subuh ini, tiba2 je saya nak online. Haiyoo ==' Subuh tak lagi ni . Tpai online dulu pula ! EMM, maybe saya nak kalian semua mengucapkan selamat pada saya kot ? HEHE, hari ini saya ada exam BI . susah ke senang eh ? Itu lain citer! Yang pasti , tolong doakan kejayaan saya ye ! Doakan semoga saya dapat jawab dengan tenang dan semoga saya dapat banyak idea. Amin....
Hope, once saya online nanti , saya boleh baca "kata2 semangat" yang kalian semua hantar kepada saya tidak kira melalui "shoutbox" atau pun "comment/yourheart'sword" .

Terima kasih :)
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Christina Grimmie ??

Heyheyhey !
korang korang korang !
Ada sesiapa yang kenal dengan Christina Grimmie ? Woaho, actually saya pun tak kenal juga.Tapi tiba2 pula tertarik untuk bukak topic pasal dia SEBAB dia ini ada kena mengena dengan saya <-Kata kawan2 saya . KENAPA ? Woaho, before that, mari kita mengenali diri si Grimmie ni .



Nama sebenar dia ialah Christina Victoria Grimmie . Dia ni dilahirkan pada 14 March 1994. Ohh, baru 17 tahun :) ala, tua setahun je tu ! Dia ni kenali di lawan YouTube sebagai zeldaxlove64 . Dia ni menyanyikan covers lagu hit yang dinyanyikan oleh Demi Lovato, Selena Gomez, Christina Aguilera, Miley Cyrus, Justin Bieber, Katy Perry dan banyak lagi la. In June 2011, she released her debut EP, Find Me. !



Amacam ? best tak lagu dia ? Haduyaii, saya tak boleh nak dengar la sebab speaker rosakk ! HAHA. sobs sobs :( Tapi tak apa, lain kali saya dengar. OK, mesti korang nak tahu, apa kena mengena dia dengan saya. kan kan? Entah kenap la kan, tiba2 je kawan saya ni "Sam" dan "Spark" panggil saya Grimmie . Time tu saya memang tak kenal and tak tahu, apa tu grimmie.? Then, diorang cakap la yang Grimmie ni macam saya / saya macam Grimmie ? so then.. saya pun balik la rumah and terus search pasal Grimmie ni . Atoyaii ! Diorang ni rabun agaknya . MANA ADA sama babe ! ==' .. Diorang cakap mulut saya and Grimmie sama . uh ! mulut Grimmie lagi lawa la daripada mulut saya ! haiyoo ! Tpai, lawa jugak kan si Grimmie ni ? SO, diorang nak maksudkan yang saya ni pun lawa la kan? HAHA. Alhamdulillah kalau ada orang yang berkata demikian. Tapi, tak payah la nak sama kan saya dengan si Grimmie ni yang berlainan agama dengan saya. Tolonglah ~~ Btw, awak comel la Grimmie :) HAHA.

Ok, sekian sudah :)
terima kasih .
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Exam Bahasa Melayu :)

Assalamualaikum..

Woot woot ! HOHO. Sempat lagi saya update blog eh, sedangkan sekrang adalah minggu exam. Final year Exam lagi tu :) HEHE. Semalam tiba2 pula tergerak di hati saya untuk mengONLINEkan FACEBOOK . Ta tahu la kenapa. LOL [actually nak baca massage yang dihantar oleh "AWAK" (gelaran baru menggantikan perkataan "SIDIA") keke ]
Tapi time online, tiba2 pula ada notification yang dihantar oleh salah seorang rakan kelas saya yang lebih dikenali sebagai "Sam" . Post tersebut dihantar di group "4B2STARI" iaitu group bagi kelas saya/kami :) APA YANG DIA POST eh ? Oh yah.. Dia post pasal tajuk yang mungkin masuk dalam exam yang bakal kami duduki pada hari esok (hari ini la tu) . Dia menyatakan bahawa info tersebut dia dapat daripada temannya dan tidak pasti akan kesahihannya. Ok fine ! Sebagai langkah berjaga-jaga, saya just share info tu kat kawan2 yang saya sayangi dan mestila saya baca. Tapi sikit je la.
Then, tadi datang sekolah awal sikit la sebab hari ini saya bertugas (menyapu sampah) aduyaii ! Saya masuk dalam kelas dengan wajah yang ceria je . Sebab awal2 lagi ada orang dah tegur saya . Tahu dia kata apa ? "kau comel la" .. HAHA. That why la saya masuk kelas pun dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga. Wakaka . Tapi, boleh pula "AWAK" fikir yang saya ni senyum sebab dah ready untuk exam ? HAHA. Actually, boleh la.. ready la juga sikit . Tapi time tu tak sempat nak sembang lebar dengan dia cuz i need to do my work (swept the floor) . Dan dan je lepas saya habis menyapu, cikgu suruh tukar kelas. Kena naik ke tingkat atas pula. [ADUYY, dugaan time exam]. Dah la nak buat revision sikit pun tak sempat. Then, bila kiteorang semua naik ke atas [entah kelas apa tah kiteorang guna] . Dengan meja nya yang tak tersusun . Haduyaii, terpaksa la kiteorang buat kerja-kerja penyusunan meja. Nasib baik la budak2 kelas saya semuanya hardworking and teamwork . So, buat sama2 la. Ok ! sudah dapat tempat saya :) Boleh pula time tu saya pergi tanya CP saya mengenai "Faedah bersukan dalam kalangan remaja" . Dia pun pelik kenapa saya tanya but dia just kasi je la faedah nya. Then, bila dapat paper , tiba2 dia pandang belakang (pandang saya la tu) dengan pandangan yang tak puas hati sambil tersengih tak ikhlas. HAHA. Saya just gelak2 je sorang diri :).. Huh, agak terseksa semasa menjawab paper tu sebab keadaan kesihatan saya yang semakin worth ! :( SELSEMA ! aduyy ! sakit hidung sebab asyik duk lap "hingus" je. Habis hidung merah macam badut ! HOHO.


Wahhh ! Habis juga paper BM untuk hari ini . Walau apapun , saya tak jawab 3 soalan untuk paper 2 ! Haiyoo . ALASAN ? hehhe. tak tahu and tak sempat :)
But hope, saya dapat full mark la untuk soalan yang lain . Doakan saya yek :)

Alhamdulillah.. selesai juga :)
Terima kasih.
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)

Assalamualaikum..
Info ini saya dapat daripada rakan saya yang mengepostkan nya di FACEBOOK.
Baca dan ambil iktibar.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org

Wassalam~
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Kejadian aneh ..

Assalamualaikum..

Tadi di sekolah, kawan2 dan saya membuka topik soal dunia akhir zaman disebabkan oleh kejadian bulan yang sangat menarik semalam . So, banyak la persoalan yang di tanyakan oleh kawan2 saya . [actually sorang je.] HAHA . Memang tak tahu nak jawab apabila seorang kawan bertanya kepada saya , " apakah petunjuk bagi kejadian pada malam tadi ?" Wallahua'lam . Oleh itu, saya pun membuka cerita baru pasal mimpi saya pada malam/pagi tadi [sebab tidur pukul 3.30 pagi, hehe] . Nak tahu apa yang saya mimpikan?

"Begini . Sepertinya pada waktu itu saya berada dikampung, dan kami semua telah diberitahu bahawa pada waktu subuh, akan berlakunya kejadian aneh dimana matahari akan naik dari satu sudut [maybe arah barat. tak tahu la kan.] yang akan bergerak dengan lajunya . So that, after bangun tidur , saya pun segera menunaikan solat subuh lalu keluar rumah selepasnya . Then, tiba2 ada 1 cahaya sinaran mentari dari 1 sudut yang muncul seperti matahari terbit . tahu kan ? Tetapi, dengan apa yang saya lihat, matahari itu bergerak dengan pantasnya = matahari terbit --> terbenam matahari = 3 saat . Semasa matahari itu melintasi bumi, saya dapat lihat bentuk nya amatlah besar and terasa bahang panasnya . Then, selepas terbenam balik matahari itu, bumi diterangi dengan cahaya bulan semula . Jam menunjukkan pukul 6.10 A.M . Pada saat itu memang macam2 la yang saya fikirkan."

Setelah mendengar perihal mimpi saya tadi, kawan saya berasa pelik kerana saya asyik mendapat mimpi yang aneh . Sebelum ini saya pernah bermimpikan tentang kehancuran alam. Ala-ala movie 2012 tu ! Itulah, kadang-kadang saya terfikir, adakah masa itu akan tiba tak lama lagi ? Atau masa saya yang akan tiba dulu ? Wallahua'lam.

Oleh sebab dengar cerita2 macam gini , mula la timbul topik mengenai saat2 sebelum berlakunya kiamat . Ada yang tanya pasal IMAM MAHDI la, AD-DAJJAL la dan macam2 lagi la. Tapi yang pasti , semua yang akan berlaku hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Kita sebagai umat ISLAM hanya perlu melakukan tangunggjawab kita . Semoga kita sama2 ditempatkan di tempat2 orang yang beriman.. Amin..

Tapi, ada satu soalan yang saya hendak tanya kepada anda semua . Bolehkah kita memikir-mikirkan perkara2 yang akan berlaku pada hari kiamat nanti ? Bolehkah kita membayang-bayangkan wajah IMAM MAHDI , DAJJAL dan lain2? And bolehkah kita mempersoalkan tentang macam mana ALLAH jadikan sesuatu benda tu seperti kejadian langit dan bumi . Adakah dunia ini macam dalam kotak ?

Saya harap, bagi yang arif tentang perkara ini, tolonglah menjawab pertanyaan ini. Kerana sesunggunya kita sebagai umat ISLAM hendaklah menolong antara satu sama lain :)

Terima kasih.
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Bulan pada malam ini .

Assalamualaikum..

Tengah malam sudah menjelma . Saya sedang asyik membuat ulang kaji . Tiba-tiba saya mendapat massage daripada kawan saya . Katanya "keluar rumah sekarang , tenguk bulan malam ni , subhanallah " . Saya pun apalagi , terus lompat dari katil then terus meluru ke pintu and keluar . Saya perhatikan bulan tersebut , SUBHANALLAH , cantik tapi dalam masa yang sama bulu roma semua naik . Memikirkan keajaiban ALLAH , dan memikirkan tentang petanda kejadian ini. Takut juga. Habis kecoh satu FACEBOOK pasal perkara ini. Lihatla gambar bulan pada malam ini yang sempat di ambil oleh rakan saya di FACEBOOK.



Subhanallah , Ajaib bukan .. ?
Ada la seorang rakan saya ini mengePOST mengenai apa yang dibicarakan oleh Syeikh Al-Bukhari :

"Hati-hati dengan kajaiban tuhan terhadap bulan pada hari ini. Dalam masa 44 hari, suatu benda yang dasyat akan berlaku terhadap semua umat manusia di bumi ini sebelum tarikh keramat tiupan sangkakala. Bulan yang indah ini bermaksud bumi ini sudah goyah dan uzur untuk didiami oleh umat manusia. Diharapkan kepada umat islam bersunggguh-sungguhlah melakukan Ibadat terhadap ALLAH S.W.T sebelum pintu kiamat akan tutup. Sekian dari Sheikh Al-Bukhari ulamak yang tersohor di mekkah. sila sebarkan perkara ini utk menyedarkan umat islam tentang perkara misteri ini. Subhanallah."

respond bagi POST ini :

" u do know this miracle of god have happened before. n will probably happen again. to my what sheikh said may be true but we dont know which is the REAL mark. only god knows. but ape2 pon, ibadah wajib di tunaikan"

"a first time for everything. inipon kali pertama bagi aku tgk nih. itulah kuasa Allah s.w.t , yang maha besar dan maha berkuasa. tp klu bagi org yg dh pernah tgk nih sblom nih mungkin diorg x rse seram. perkara yg kte tgk kali pertama biasanyer mesti ada satu perasaan kat kte, seram, takut, kagum, cantik mcm2 la"

Jadi, sebelum terlambat , marilah kita bersama-sama membuat ibadah berlipat kali ganda kepada ALLAH . Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka bagi sesiapa yang ingin bertaubat .

Saya sebagai umat ISLAM hanya mampu mengeSHAREkan apa yang saya dapat .

Salam Ukhwah , Terima kasih .
Assalamualaikum.

[cr : nadia via massage , amin , haziq @ FACEBOOK ]
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Dosa Bangun Subuh ?

Assalamualaikumm..

Dipagi yang hening ni [ jam 01.29 A.M.] wah, saya masih berjaga untuk membuat ulang kaji. Mood pagi2 macam ni macam hujan turun dengan lebatnya, Alhamdulillah, dapat mengahbiskan 2 bab untuk sejarah. Untuk merehatkan minda kejap, terdetik dihati saya untuk online FACEBOOK, Then.. ada la salah seorang rakan kelas saya ini mengePOST perihal DOSA BANGUN SUBUH. aihh , bangun subuh pun berdosa ke ? Ha, itulah persoalannya. Jadi , saya sebagai umat ISLAM berbesar hati untuk mengeSHARE kan perkara ini kepada anda yang lain :)

Artikel dipetik daripada http://www.iluvislam.com/

Subuh ialah permulaan setiap hari. Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai ia bermula dengan solat Subuh. Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.

Ramai sahaja yang mampu gagah membuka mata, melangkah kaki mengambil wudhuk' dan mengerjakan solat Subuh, dalam waktunya. Namun dosa lain pula yang menjadi habuan. Kawan di katil sebelah masih berdengkur, sedikit pun tidak dia kejutkan. Kawan di bilik atas masih dibuai mimpi, sedikit pun tidak dia hiraukan.

Dosa masing-masing, fikirnya. Cukup dua rakaat Subuh dikerjakan berserta doa, dia lega kerana tuntutan di awal pagi telah ditunaikan. Bukan senang mahu bangun Subuh dan dia antara yang berjaya melawan godaan syaitan untuk terus nyenyak. Apa jadi dengan kawan-kawannya yang lain.

Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik yang berjaya solat Subuh.

Bagi yang tidak solat kerana tidak sengaja untuk tidak bangun dari tidur akan terlepas dari dosa. Selepas berjaya menguatkan diri untuk bangun solat Subuh, perlulah kuatkan juga diri untuk mengejutkan mereka yang masih dibuai mimpi. Mereka juga tanggungjawab kita.

p/s daripada saya : Jikalau anda terjaga untuk subuh, kejutkan la orang yang masih nyenyak tidur . :)

Salam ukhwah buat semua :)

Terima kasih :)
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Exam exam exam :)

Assalamualaikum..

Saya pasti anda semua memang pernah menghadapi peperiksaan . Mencabar bukan soalan2 yang dikemukakan ? Gaiyooo , susah la jadinya kalau tiada ilmu didada . =='

Hope saya masih tidak terlambat untuk memberi semangat kepada adik-adik PMR yang akan mengakhiri kertas-kertas PMR pada keesokkan harinya [monday/10.10] . Good luck adik-adik ! Buat yang terbaik ye kerana PMR hanya sekali seumur hidup ! Kalau SPM boleh la buat banyak kali , tapi memang la buang masa n rugi siapa yang ambil buat kali kedua . SO, do your best dear kids :)

Saya pula akan menduduki final year exam bagi tahun 2011 [form 4] pada hari Rabu ini yang dimulakan dengan paper BM . SO, doakan supaya saya dapat menjawab dengan baik and semoga saya dapat keputusan yang cemerlang ! :) [ 2A+,3A-,2B+,2B] hope bleh dapat la. hehe :) Amin....

Terimakasih :)
Thankyou for reading :) Give me some advice .

study ? bosan ? rindu ?

Assalamualaikum :)

Bila online je mesti bosan. Tahu la exam is around the corner. Masing2 sibuk dok stuyd, KOt la kan Tapi, tak ada e yang sudi wish "GOOD LUCK" kat saya ? Saya pun nak ambil exam juga. :( So sad la. korang semua boleh buat preparation/ study dekat rumah, tetapi saya hanya mampu memandang kulit buku sahaja kerana saya tidak boleh membuat ulang aji di rumah atas sebab2 tertentu . Di sekolah / di luar rumah je la tempat dimana saya boleh membuaka minda saya untuk membuat ulang kaji/ study / belajar ;) So, di sebabkan tak boleh nak study, online la kerja nya . memang tak boleh nak mengelak daripada laptop ni kerana bila saya lalu je kat laptop, mesti laptop tu tengah ON. saja je nak suruh saya online. Ok, fine ! saya online sekarang . Jumpa awak semua di [FACEBOOK , TWITTER , and BLOGGER ] . Tapi malangnya , setelah saya onlinee FACEBOOK .. memey la banyak notification yang saya dapat daripada kawan2 Tapi saya hanya mahu melihat notification yang dihantar oleh AWAK ! tak kesah la 1 or 2 , at least AWAK ingat untuk menghantar sebarang text kat saya apabila AWAK online. I have so many texts, so many calls. But the only one I wanna hear from, is from you , baby ! [LOL , aku fikir pasal dia lagi ? ] Stupid witch ! Haiyoo.
Hmm, disebabkan bosan , teman blogger layang meneman saya dengan mengeLINKkan pada saya blog mereka :) HOHO. kebanyak blog yang saya lawati/ lewati , semuanya cantik2 belaka ! Oleh sebab itu , saya pun dapat melupakan dia sekejap .:) even hati masih menyebut-nyebut namanya. Haishhh, orang yang di lamun cinta la katakan even tak ada apa2 relation dengan orang tuh . tak lebih dari kawan . Maybe soon cuz we're not think to be more than friend yet . [wah speaking LONDON pulak] haha .

Alhamdulillah , selesai sudah :)
Terima kasih ;)
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Main follow je ..

Assalamualaikum..

haiii , sejak aktif dengan blogger ni , saya asyik dok follow orang je. Memang syok kan kalau main follow follow sebab nanti dorang follow kita balik and bertambah la followers kita. Tapi, i think i've done a mistake by followed blog siapa tah . Dah la page bahasa yang tidak diketahui then, rasanya macam tak patut je saya follow. Haiyoo. ni la padahnya kalau follow orang main ikut sedap tangan je. menyesal menyesal.

p/s : lain kali , sebelum follow orang , tenguk dulu page orang tu macam mana, and bahasa apa yang digunakan. kerana takut pulak korang follow kumpulan hackers . HOHO.
Thankyou for reading :) Give me some advice .