I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Sabarlah , cinta !




[hanya sekadar perkongsian ]


alt


Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.

Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.

Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)


Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.

"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)

Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.

Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)

- Artikel iluvislam.com
Thankyou for reading :) Give me some advice .

Sukan Tahunan 2012 SMK BBSB !



Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua !
Bertemakan sekolah lestari , peserta-peserta perbarisan semuanya berpakaian dengan mengenakan barangan terbuang seperti surat khabar , botol minuman , tin , kotak , plastik dan sebagainya ! Agak kreatif orang yang telah mereka cipta pakaian dengan menggunakan barangan terbuang ! Ada kadangkala tak terfikir pun bahawa barangan terbuang tersebut boleh digunakan dengan sebaik itu . Tapi rasanya , confirm benda2 terus dibuang setelah digunakan . HAHA ! Semua peserta2 perbarisan membuat persembahan dengan semangatnya ! YEAH =S ALhamdulillah ^^
Selepa acara masuk perbarisan , ada pulak taekwondo ! WAH , Daebak ! mereka sangat hebat kerana telah berjaya memecahkan kayu yang agak keras though ! but i don't la kan if that kayu is not really2 keras . Hehehe =D

Then after that , tibalah masa untuk acara lari ! WHAT ? lari ? yela , aku telah menyertai acara 4X400 pada mulanya ! ketika semua peserta balapan berkumpul di khemah , cikgu rumah sukan aku cakap kiteorang tak ada pelari untuk acara 100 m . Kenapa ? sebab pelari kiteorang injurt ! Then semua orang suruh aku ganti . Time tu agak takut la , sebab aku tenguk saingan aku semuanya atlet sekolah ! dalam hati memang tak ada harapan la ! Okay fine aku lari jugak ! Lagipun cikgu cakap kalau dapat no 1 , cikgu nak belanja KFC ! time tu bersemangat sikit la walaupun tak confident ! LOLXD . Then sampai je kat garisan untuk memulakan larian , aku nampak "orang tu" amek gambar/ video aku ! *sumpah time tu rasanya mcm nak jerit je kat dia ! HAHA . *malu la =')
Time lari tu ! agak kecewa dengan padang sekolah yang penuh dengan batu2 tajam ! Thats why la aku tak dapat no 1 ! hampir terjatuh tapi aku kuatkan kaki , seimbangkan badan dan terus je berlari ! Sampai kat garisan penamat , NO 5 ! okay , at least aku try ! *dalam kepala* okay , NO KFC ! ==' dah la aku mengidam Fried Chicken =='

Then , tiba la pulak acara untuk 4X400 , tapi acara ni acara kedua terakhir la .. Pada mulanya memang dah penat sangat lah and rasa nak pitam ! Tapi aku kuatkan semangat untuk berlari ! Wahh , aku pun still bersemangat untuk menjerit-jerit suruh partner2 aku lari laju ! HOHO , when the baton sampai je kat aku , aku pun terus la lari . Okay i'm okay ! round ke-2 terasa macam nak jatuh je ! but kuat kan semangat ! sikit lagi sikit lagi sikit lagi ! /menjerit dalam hati/ sampai jugak akhirnya ! Tiba2 badan aku jadi tak seimbang lalu jatuh ke bumi ='( Time tu aku rasa telinga aku bingit sangat , kedengaran sangat bising di persekitaran aku .. Tapi aku ada la dengar suara yang aku kenal , iaitu suara Sarah ! suara dia amat panick kot .. AKu ada rasa dia angkat kepala aku ! time tu Nak bangun pun dah tak boleh ! and for sure aku tak tahu pun siapa yang angkat aku naik atas apa tah nama benda tu" .. Then kepala aku rasa pening tiba2 sebab dok atas benda tu membuatkan aku lagi sakit ! AKu merasakan seolah-olah aku sedang main pusing ! WOAH , ROUND THE WORLD ! . then dorang letak aku kat kelas ape tah ! Naisb baik ada kawan2 aku yang sudi temankan aku ! BIG THANKYOU to SARAH sebab tolong aku , to Fatini sebab urutkan kaki aku "walaupun tak rasa ape2 . hehe" , thank thankyou jugak la kepada sesiapa yang sudah menolong aku =)
Dalam hati aku , malu nye aku ! kanapa la aku boleh gi pengsan untuk beberapa saat kat padang tu ! Habis semua orang kenal aku . HAHA *perasan je* . Eh dorang angkat aku ni , mesti terasa beban yang berat kan ? HAHA . aku berat la =='

Selepas aku rasa dah okay sikit tu , terus gerak padang balik ! lepak kat sana sebab nak tenguk member aku lari 4X100 pulak ! hehe . Tahniah sebab dapat no 2 =) Selepas semua tamat , tiba lah sesi untuk mengumumkan pemenang ! AKu , sarah and Qeybah duduk kat khemah urus setia tu ! Tiba2 cheah dengan Zafriq datang menhampiri aku . Cheah bisik kat aku cakap yang "orang tu worried kn aku" . terkejut la aku ! dia nampak ?? ALAHAI !! baru nak keep secret ni dari dia ! just tak nak dia worried =='
Walauapa pun ! TUAH MENANG !!! =D

Time nak balik tu , dia tiba2 panggil aku dari belakang ! Mak aihh , terperanjat aku ! Dia tanya aku pensan ke tadi , itu lah ini la . Alahai , macam nak marah jer ! hehe , i'm okay la =) i'm strong like you ! HOHO. so don't worry okay =)
Then terus pergi TS ! mengidam coolblog ! HAH. see , aku kuat ! =D Nak balik tu , nasib baik la Mak and kakak Sarah yang amek , if not tak sampai la rumah ! sebab penat sangat ! Boleh pulak tertidur dalam kereta . Penat sangat ni =) hehe .. Okay , thats all !!

-thankyou-

Thankyou for reading :) Give me some advice .

Berda'wah itu susah ?



Ahlan Wasalan YA sohabat ! Salam ukhwah buat semua .

Siapa kata berda'wah itu susah ? Memang dia silap besar !! kerana di mana-mana sahaja kita boleh berda'wah . Di mana ? contohnya kalau dok tengah online FACEBOOK , TWITTER , SKYPE , YM , GOOGLE+ mahupun BLOGGER or so on , boleh je kita nak berda'wah ! Just simple . Even kita just cakap "Marilah kita bersama-sama solat" . HA ! Itupun sudah dikira berda'wah . Tahu tak ? so , BERDA'WAH itu SIMPLE right ? InsyaALLAH , jika orang ada terbaca apa yang anda tulis dan kemudiannya orang itu pun melakukan apa yang anda tulis , nescaya anda akan mendapat ganjaran daripada ALLAH s.w.t . Insyaallah =) Keep going on your da'wah !



So lepas ni , ringan-ringankan lah tangan/jari untuk menaip kata-kata yang berunsurkan da'wah dan mengajak orang ramai untuk kejalan yang dirahmati oleh ALLAH . Insyaallah =)

-syukran jazilan =) -

Thankyou for reading :) Give me some advice .