I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Happy CNY ^^


Rasanya baru je masuk tahun baru 2012 , tok tok dah masuk tahun baru cina ! Cepat bukan masa berlalu. Bunyi firework kedengaran pada malam tadi. Bukan main bising lagi sampai nak tidur pun tak boleh . Aleh2 tenguk korean drama kat dramacrazy.net . HAHA. Bukan firework je, meriam pun ada . Memang bunyi macam orang tengah berperang la kan..
Tapi rasanya, semalam punya firework tak semeriah tahun tahun sebelumnya . Maybe disebabkan oleh cuaca yang tak begitu baik. Asyik hujan je , tapi kita sebagai manusia [hamba ALLAH] tidak boleh la nak berkeluh kerana ada hikmahnya ALLAH menurunkan hujan. Yela kan, sejak daripada awal tahun haritu , Malaysia ni panas je kan macam dekat GURUN SAHARAH bukan ? ^^ Sekarang, ALHAMDULILLAH , dengan turunnya hujan, cuaca menjadi sejuk walaupun menjadi penghalang terhadap aktiviti2 yang kita ingin jalankan.
Lebih-lebih lagi hari ini merupakan CNY . Kalau tak hujan pada pagi/tengah hari ini.. boleh la jiran Cina aku tu pasang mercun papan yang besar tu . HOHO. Selalunya, kalau ada perayaan tahun baru Cina ni, jiran aku tu mesti invite Naga singa lagi . SO, kami sebagai jiran tetangga , pasti memeriahkan lagi keadaan dengan menyertai/menonton persembahan naga singa tersebut. HEHE ^^ Harapan la nak makan sebab kita tak tahukan apa bahan yang mereka letak dalam makanan tu. Well, Chinese kan suka letak alkohol dalam makanan + benda-benda yang haram dimakan la bagi orang ISLAM :)
Apa-apapun, tujuan aku buat entry ni untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU CINA
buat kawan-kawan, jiran-jiran dan semua warga Malaysia mahupun negara2 lain yang menyambut CNY ini :) Gong Xi Gong Xi ^^
Mau Angpauuuu !!! Mau Limau mandarin . hehe>,<

HAHA, alright :) thats all for this morning ^^

Thankyou for reading :) Give me some advice .

Broken friendship.



Tak semua benda yang kita inginkan akan terjadi dan tak semua benda yang terjadi adalah benda yang kita inginkan. Sesetengah orang kawan merukan hidup mereka dan tak boleh hidup tanpa kawan. Ada orang pula kawan dijadikan lawan. Kononnya boleh hidup tanpa kawan. Ada orang bila bergaduh besar dengan kawan, terdetik dihatinya untuk memperbetul hubungan yang telah punah ranah tersebut. Dan ada juga orang hanya fikir "Biar la dia nak buat apa pun, dia dah TAK dek kena mengena dengan aku" [tak fikir nak berbaik pun].

Lain orang lainlah perangainya namun kita hanya sama sebagai hamba ALLAH . Persengketaan boleh berlaku apabila wujudnya orang ketiga [syaitan / batu api] yang tidak senang melihat orang bahagia. Persengketaan tidak akan berlaku jika kita mempunyai kesabaran yang kuat dan keimanan yang teguh. Tak semua orang mempunyai sifat sabar dalam diri mereka. Kawan yang benar-benar baik merupakan kawan yang terima kita seadanya dan sudi memberi teguran jika kita ada buat kesilapan.



Kali ini, aku merasakan bahawa diri aku teramat lah teruk kerana aku tak mampu untuk memperbaiki hubungan kami sebagai kawan. Aku gagal menjadi seorang kawan yang baik buat dia. Aku telah menaikkan kemarahan dia walaupun aku tahu dia memanglah seorang yang pemarah. Hal demikian, aku telah cuba untuk menjadi yang terbaik pada dia dengan hanya melemparkan senyuman kerana aku bukanlah seorang yang berani untuk bersuara.
Hubungan kami menjadi baik HANYA buat seketika. Kali ini aku tidak boeh menahan kemarahan aku pada dia. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku sudah penat menahan sabar dengann perangai dia yang "nak tak nak" je layan aku. Sehinggalah satu insiden berlaku yang telah membuatkan aku rasa..aku memang tak layak untuk menjadi kawan dia dan kemungkinan juga dia pun berasa demikian [aku tak layak menjadi kawan dia]. Sampai sekarang hati aku masih terasa sakitnya dan sedih . Namun begitu, tidak bermakna aku akan melupakan dia buat selamanya. Masih ada niat untuk menjadikan dia sebagai kawan cuma sekarang bukanlah waktu yang sesuai. Hanya menunggu masa..

Thankyou for reading :) Give me some advice .