I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Happy Life forever .



Salam Ukhwah buat semua =) Apa khabar ? Baik aja kan ? Harap begitu la ^^ Hmm , AWAK , mari sini ! Saya nak tanya pendapat ni , meyh la singgah baca jap (✿◠‿◠) *buat muka comel . Hehe , ha ! Nak tanya ni , awak nak tak hidup bahagia dunia akhirat ? Kenapa eh ? *kalau yang baca ni , diminta agar menjawab di bahagian komen yer =) [Macam la ada orang baca blog buruk aku ni =( ] (╥﹏╥)



[Di minta baca kisah di bawah ni yer ]

Cuaca pada pagi ini agak mendung dan tampak seperti akan hujan dengan lebatnya . Kawanan burung berterbangan mencari tempat untuk berteduh agaknya . Seorang budak perempuan yang dikenali sebagai budak "nerd" membuat kerja sekolahnya di bawah pohon delima [Eh , besarnya pokok delima ? *bantai je la (っ◕‿◕)っ] . Semasa dia sedang membuat kerja ..

"Astagfirrullahhala'zim .. Aduhhh ! sakitnya kepala aku . " , rungut Aminah sambil mencari-cari benda yang telah menyakitkan kepalanya . Buah delima yang nampak rangup telah jatuh dari pohon lalu terkena pada kepala Aminah .

"Ohh , buah delima rupanya . Nasib baik la aku duduk bawah pokok delima , kalau pokok durian , agaknya kepala aku ni tak ada rupa kepala kot " , ujar Aminah setelah melihat buah delima di atas rumput .

Kringgggg .. Kringgggg . Jam sudah menunjukkan pukul 10.45 pagi yang menandakan sudah tamat waktu rehat . Aminah dengan segeranya mengemas buku-buku nya dan bergegas pulang ke kelas bersama dengan buah delima yang jatuh atas kepalanya tadi . Sedang AMinah berlari untuk kembali ke kelas , dia terlanggar sesuatu yang agak kuat .

Kedebuukkkkk ! Aminah jatuh ke lantai di hadapan kelasnya . "Aduhh , kenapa malang sangat aku hari ni , tadi buah delima sekarang apa pulak , tiang lampu ke ?? " , rungut AMinah di dalam hati semasa dia sedang membersihkan baju sekolahnya yang kotor dek habuk lantai .Entah berapa lama la budak2 kelasnya tak sapu lantai kat luar kelas ni . "Eh depan kelas aku ni ada tiang lampu ke? , sengih AMinah sorang2 sehingga lupa sebentar tentang kejadian yang menimpa dirinya .

"Eh , awak tak apa-apa ke ? " , tiang lampu yang dikatakan AMinah sebentar tadi tiba-tiba bersuara . Lalu Aminah mengangkat mukanya dan eye to eye dengan tiang lampu tersebut . Aminah terpaku sebentar melihat kunikan lampu tersebut tanpa mempedulikan lambaian daripada tiang lampu tersebut .

"Awak , awak ! awak tak apa apa ke ? " suara tersebut membuatkan Aminah tersentak daripada khayalan dan kembali ke dunia yang nyata . Dia tersimpul malu kerana rakan kelasnya yang berada di situ ketawakan dia . Lalu , AMinah segera membangunkan dirinya .

"Hmm , saya tak apa-apa . Sorry sebab langgar awak tadi , saya nak cepat ni . " Ujar AMinah kepada orang yang disangkakannya tiang lampu .
"Tapi , saya rasa saya tak pernah nampak awak kat sekolah ni . Awak budak baru ke ? " soal AMinah dengan rasa hairan melihat orang baru di sekolahnya itu .

"ye , saya budak baru kat sekolah ni . Nama saya Syahir , datang dari sekolah SMK Melawati . Cikgu mengarahkan saya agar masuk kelas 5 Bijak " , Syahir memperkenalkan dirinya sambil menunjukkan slip yang membuktikan dia akan belajar di kelas 5 Bijak di hulurkan kepada AMinah . Di saat itu , AMinah berasa ingin berlompat gembira kerana kehadiran murid baru yang handsome di dalam kelasnya .

"5Bijak ? wah , kita akan jadi classmate la nanti . Saya AMinah pelajar kelas 5 Bijak . Selamat berkenalan . Ok jom saya kenalkan awak dengan kawan-kawan kelas yang lain " , riang AMinah bersembang dengan Syahir .

Sudah 5 bulan SYahir bersekolah di situ , mereka berdua kelihatan sangat rapat sekali. Bukan rapat apa , cuma Aminah seorang yang happy go lucky tambah pulak dengan sikap Syahir yang happy go go lucky . Walau begitu , mereka masih menjaga batas-batas mereka sebagai bukan muhrim . Sedar tidak sedar AMinah sudah jatuh sayang dengan Syahir .

Pada suatu hari , Aminah telah meluahkan isi hatinya kepada SYahir . AMinah telah bersedia untuk menerima sebarang rejection daripada Syahir kerana dia berpikiran bahawa Syahir yang handsome mana mungkin akan jatuh hati padanya yang hodoh . Sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku . Cinta AMinah tidak bertepuk sebelah tangan . Syahir juga telah jatuh sayang padanya . Aminah menjerit dalam hati kegembiraan .

Istilah " Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32) sering terngiang-ngiang di minda Aminah . Takut dek hubungan dia dengan Syahir boleh berlakunya zina [hati , mata .... ] . Oleh yang demikian AMinah berbincang dengan Syahir mengenai perkara ini .

Kerana kasih sayang mereka kerana ALLAH , mereka telah bersetuju untuk tidak "bermsg2" malah mereka juga bersetuju untuk berjauhan . Syahir telah mengambil keputusan untuk kembali ke sekolah lamanya , SMK Melawati . Demi kasihnya kepada AMinah kerana ALLAH , dia sanggup untuk menahan perasaannya pada Aminah .

[5 tahun kemudian]

AMinah kini sambung pengajiannya di Australia . Sedang dia berjalan di Royal National Park , dia terlanggar sesuatu yang tinggi bak tiang lampu .

"Aduhh , sakitnya .. " , rungut Aminah dalam hati sambil membersihkan bajunya .
"oh i'm so sorry" .. " , Orang itu bersuara .

"Suara tu .. suara tuu , aku kenala sangat dengan suara tu " , ujar AMInah dalam hati lalu mengangkat kepalanya dan pandang akan oang tersebut ..

"Syahir.. ! "
"AMinah..! "

Serentak mereka bersuara memanggil nama orang yang tersayang . Syahir juga menyambung pengajiannya di Australia . Mereka berdua sangat tidak menduga pertemuan ini akan berlaku . Pada ketika itu , SYahir telah melamar AMInah . Dengan perasaan teruja dan gembira , AMinah memberi persetujuan dengan lamaran tersebut .

Alhamdulillah , hidup mereka aman damai dan bahagia . Mereka telah dikurniakan 3 orang anak , 2 lelaki dan 1 perempuan .

_________________________________________________________________


Agak-agak , awak semua paham tak cerita ni ? Sorry la , if ada tak paham . Well , my broken Malay . hihi , and i'm not very good in writing a story . AKhirnya AMinah dan Syahir hidup bahagia setelah 5 tahun berpisah .

moral of the story here is :
Islam memang tidak melarang kita untuk bercinta kerana ianya merupakan fitrah manusia yang inginkan kasih dan cinta. Namun , ada batasnya dalam bercinta . Tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan berlakunya zina , fitnah dan maksiat . Perkara terbaik yang perlu di lakukan ialah dengan "menyimpan perasaan cinta anda didalam hati / cinta dalam diam" , kurangkan berhubung , dekatkan diri pada ALLAH dan cuba jauhi diri anda daripada melakukan perkara yang boleh menyebabkan zina .



[Jujur saya katakan di sini , saya mempunyai orang yang saya sayang . Namun saya tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan padanya mengenai perkara ini . Tidak ada yang menhalalkan hubungan kami . Dan saya tidak mahu hubungan kami ini wujud kerana orang ketiga . APa yang saya mahu , hubungan kami sama dengan hubungan AMinah dan SYahir ( つ﹏╰) . Ya ALLAH , bantulah hambamu yang lemah ini YA ALLAH . Kalau benar dia memang jodoh aku , jika benar dia ditakdirkan untuk aku , satukan la kami pada masa dan waktu yang sesuai . AMiinn . Saya sayang dia sangat2 (^o❤‿❤)! ]



thankyou

Thankyou for reading :) Give me some advice .

2 comments:

  1. NamaSayaZainol23 May 2012 at 02:06

    InsyaAllah. . What we can do is just doa' to Him :)

    ReplyDelete
  2. I want to tell him bout this , but i don't know how . err ,

    ReplyDelete

comment a good thing ok.