I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Kata Hati [Part 6]




Masih ada lagi waktu untuk kami saling mengenali antara satu sama lain kerana aku pasti bahawa dia masih tidak mengenali aku dengan sepenuhnya . Begitu juga dengan aku . Ada suatu ketika aku merajuk dengan dia . Aku berfikiran yang dia akan berputus asa untuk memujuk aku , namun sebaliknya . Dia berusaha dengan sabar untuk memujuk hati aku ini . Yang sebenarnya aku hanya ingin test dia sejauh mana dia boleh bersabar dengan sikap aku . Aku terharu sangat kerana dia tidak berasa muak dengan perangai aku yang manja . Bukan manja untuk membuat dia menyampah , tapi hanya nak dapatkan lebih kasih sayang daripada dia . He did it ! Tapi , mungkin juga dia TIDAK lagi berasa muak dengan perangai aku kerana boleh dikirakan bahawa kami ini baru sahaja kenal [ even dah nak masuk 2 tahun ] . Mungkin kalau aku selalu bersikap begini , dia akan semakin menyampah dengan aku .
Ada suatu ketika , dia juga test aku . Dia membalas text yang aku hantar di mana aku menyatakan bahawa aku sedang melukis/busy dan ingin sambung text setelah selesai melukis dan dia membalas dengan berkata seolah-olah apabila text dengan aku , battery phone dia akan habis . Pada ketika aku membaca text tersebut , aku sudah berasa tidak sedap hati . Hati aku tiba-tiba berasa sakit seolah-olah dihunus dengan pedang yang tajam . Lalu air mata aku pun bergelinang jatuh drop by drop ke atas lukisan biology aku . I cried non-stop suddenly .Tidak mampu aku untuk menekan keypad phone untuk membalas text dia . Pada saat itu , aku sangat memerlukan someone untuk meredakan hati aku yang sakit ini . Lalu aku menghantar text kepada rakan ku dengan meluahkan segala yang hati aku rasa .
Pada masa yang sama , aku medapat text daripada rakan kelas aku yang juga merupakan orang tengah kami . Mereka berdua telah melegakan hati aku walaupun hanya untuk seketika waktu . SI Dia masih menunggu reply daripada aku . Disebabkan aku ni juga seorang yang cepat kesian kan orang , aku pun reply text dia dengan mood yang tak berapa nak baik . Dia memohon maaf atas segala silap dia dengan alas an dia hanya ingin test aku . Ok , nevermind , I forgave him and I hope he won’t do this to me again . AKu memang jenis yang lemah semangat and kuat emotional + tacink . Tetapi aku juga seorang yang senang dipujuk . Namun , aku tak akan pernah lupa akan apa yang dia pernah buat pada aku . BUkan sahaja dia , malah orang lain juga . AKu akan sentiasa ingat peristiwa dimana orang telah membuatkan aku menangis .
Pada keesokan paginya , aku mendapati bahawa mata aku ada sedikit bengkak kerana telah menitiskan air mata dengan banyak . Lalu aku cover bahagian bawah mata aku dengan krim muka . SO, orang tak akan perasan la kan ? Hee  Ye , aku pun pandai berlakon juga la . Dalam masa aku test dia , dia pun gedik-gedik nak test aku . HAHA , ok . Nampaknya dia tidak mengenali aku lagi .Itulah sebabnya aku menyatakan bahawa masih ada waktu lagi untuk kami saling mengenali antara satu sama lain . Jika memang dia jodoh aku , lambat laun , ALLAH pasti merapatkan kami berdua . InsyaALLAH .

thankyou

Thankyou for reading :) Give me some advice .

0 give some word:

Post a Comment

comment a good thing ok.