I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Kata Hati [Part 7]



Kadang kala , dia bersikap pelik dengan aku , dengan menanyakan bahawa apakah benar aku cintakan dia , apakah benar aku sayangkan dia . Aku tak tahu kenapa dia bertanya demikian . Adakah aku telah membuatkan hatinya terasa dengan perkara-perkara yang aku lakukan ? AKu pun tidak pasti apakah yang telah aku lakukan sehingga dia bertanyakan sedemikian . Demi ALLAH , aku sangat sayangkan dia . Pertanyaan dia ini sering terngiang-ngiang difikiran aku . Mencari jawapan bagi pertanyaan dia itu . Namun , aku masih belum mendapat sebarang jawapan .

Di sekolah , boleh dikatakan 80% cikgu-cikgu bercakap mengenai orang yang sedang bercinta semasa dibangku sekolah . AKu pasti , ramai orang yang terasa dengan kata-kata cikgu termasuklah aku dan mungkin si dia juga . Cikgu selalu berpesan agar janganlah bercinta dahulu , tetapi berusahalah untuk mengejar cita-cita . Kebanyakan cikgu hanya bercakap benda yang sama . Sehinggalah apabila guru kelas ku menyatakan bahawa kebanyakan orang yang sedang bercinta , salah seorang daripadanya pasti tidak akan dapat mengejar cita-cita kerana leka dengan cinta . Kata-kata cikgu itu membuatkan aku risau jika salah seorang daripada kami akan gagal dalam hidup . AKu tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada kami mahupun pasangan kekasih yang lain . Aku pegang akan kata-kata cikgu itu .

Aku bersyukur sangat-sangat yang si dia juga faham akan situasi kami sebagai seorang pelajar SPM . SItuasi di mana kami memerlukan lebih banyak ilmu untuk mengejar cita-cita dan bukannnya kaish sayang untuk mengejar cinta . Oleh itu ,aku telah mengambil keputusan untuk mengurangkan bermsg dengan dia buat sementara waktu bagi mengejar cita-cita masing2. Bukanlah hanya cita-cita untuk hidup di dunia , malah juga cita-cita untuk hidup di akhirat . Tidak ada yang menghalalkan hubungan kami . Justeru itu, keputusan ini telah diambil tanpa melukakan hati mana-mana pihak . Kami telah berhenti daripada berhubung melalui telefon . Bukan beerti kami ini putus hubungan . .
Dia ada menyatakan bahawa dia ingin mengejar cita-citanya di mana dia ingin menjadi chemical engineer selain untuk meringakan beban kedua ibu bapanya . Setelah dia berjaya dalam hidup , barulah kami akan kembali bersama . InsyaALLAH , dengan izin ALLAH . Amiinn . Oleh itu , sedikit sebanyak aku telah melakukan perkara yang selama ini adik aku menyuruh aku untuk melakukan hanya untuk mengelakkan diri aku daripada terjebak dalam kancah maksiat mahupun zina yang merupakan perkara yang dibenci oleh ALLAH dan RASUL . ALHAMDULILLAH , berkat hidayah daripada ALLAH , aku dapat menerima/membuat keputusan ini dengan hati yang terbuka . AKu juga ingin mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang chef , InsyaALLAH jika masakan aku benar-benar sedap  Dan juga ahli meteorology jika aku hebat dalam fizik . InsyALLAH , .
Thankyou for reading :) Give me some advice .

0 give some word:

Post a Comment

comment a good thing ok.