I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

APAKAH HUKUM BERKAPEL??

[cr : as tagged @ merapukupukupu.blogspot.com
]

Assalamualakum . har ini, aku tertark untuk mengeSHARE kat korunk pasal benda cam ini.. :0


[Assalammualaikumm..
arini hamba hendak sentuh sikit tentang sesuatu perkara yang biasa kita lihat pada zaman sekarang.. COUPLE ..ramai dah sedia maklum kapel itu haram..tapi kenapa ye masih ramai lagi buat perkara haram tersebut...hahh di bawah ini..hamba nak terangkan serba ringkas tentang etika2 yang perlu korang buat bagi kita mengelakkan korang dari terjerumus ke arah perkara maksiat ini..satu dalam konteks hukum hakam islam dan satu lagi dalam konteks merapuuuuu....
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM
Menundukkan pandangan
Allah dalam firman-NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur: 30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur: 31)

Menutup Aurat

ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita

Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka minta lah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG MERAPU

Memandang wajah kekasih sepuas puasnya

Rindulah dengan si DIA...kalau sehari tak berjumpa janji dapat pandang gambar pun cukuplah...rindu sesangat..

persoalannya
tak terangsang ke nafsu korang??

Pakaian tidak menutup aurat

Sekarang zaman moden la..kenalah ikut gaya terkini..barulah bergaya...barulah si DIa cair...takkanlah kita nak bergaya kolot nanti orang luar tengok apa..hisyyy x maju lah gitu

persoalannya
mana letak adab dan hukum hakam islam?? kolot gak ke??

Pergaulan yang melampaui batas

Barulah open minded. Kolot lah korang yang tak pandai bercampur.

persoalannya
kalau dah terlebih sangat macam mana nak buat tu??sedarkah korang setiap perbuatan kita tu dicatat oleh malaikat??

Berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan

Nak berdua lah senang..Senang nak share masalah..senang nak beromantik..tak adalah orang kacau nanti..

persoalannya
tahu ke korang ada orang ketiga semasa korang berdua tapi korang tak nampak??orang ketiga ni orang yang dilakhnat ALLAH dan "KING" dalam menghasut orang

Melunakkan ucapan kepada kekasih hati yang bukan muhrim

Alaaa nak manja sikit sikit je..tak boleh ke??kita kenalah selalu menelefon kekasih hati..kena ambik berat pasal si DIA..kenalah bagi suara manja..nanti dituduh kita kasar...

persoalannya
korang tak sedar ke yang setiap perbuatan korang dilihat oleh ALLAH???tahu ke korang yang kata-kata tu boleh mengakibatkan sesuatu perbuatan tanpa fikiran??

Menyentuh tangan atau anggota pasangan

Cinta punya pasal...i sanggup korban apa sahaja demi u...permulaannya tanganlah...lepas tu up to u lahhh

persoalannya
Korang faham tak pepatah mengatakan "Apabila nasi sudah menjadi bubur" dan "Apabila ditebuk tupai"??dua pepatah yang berlainan tapi mendalam maksudnya ]

Thank you kepada hamba ALLAH in yang telah mengePOST benda n kat blog dia :)
Thankyou for reading :) Give me some advice .

0 give some word:

Post a Comment

comment a good thing ok.