I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Program Selangkah ke Universiti XD

Assalamualaikum ..

Pada hari Rabu bersamaan 14/9/11 yang lepas , saya dan 19 orang rakan 1 sekolah saya yang lain pergi ke Universiti Malaya bagi mengikuti program selangkah ke universiti. Kami memulakan perjalanan pada jam 8 pagi dengan menaiki BAS PINTAR . Didalam bas tersebut , bukan hanya pelajar sekolah saya sahaja yang menaikinya , malah pelajar dari sekolah BRP juga ada . Tok2 , nampak la sepupu saya . Didalam bas tersebut , saya duduk berpasangan dengan Hajar . Memang banyak la cerita yang kami bualkan . Walaubagaimanapun , hati saya tetap berdebar-debar kerana memikirkan aktiviti yang bakal dilakukan di UM .
Kami tiba di UM pada jam 8.30 lebih la. Nasib baik jalan tak berapa nak jem sangat . Sesampainya kami di Dewan ... , kami diminta untuk mendaftar nama dan kami diberi pas penyertaan . Then, kami ditempatkan didalam dewan tersebut mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. SO, saya terpaksalah berpisah dengan rakan2 1 sekolah saya . Sedih la kejap . Tapi, dalam kumpulan tersebut [kumpulan 6] , saya telah berjumpa + berkenalan dengan ramai kawan baru . Even mereka tak berapa nak sporting sangat [maybe sebab malu macam saya] tapi saya tetap rasa happy . Selepas mendengar ceramah daripada Prof. Madyah Mariani + Pelajar Cemerlang UM , Shahrul Suffian , kami diarahkan untuk ke ... bagi menikmati jamuan pagi . Namun begitu , saya tidak boleh makan kerana puasa . Sebab itu , saya memberikan karipap yang saya ambil kepada rakan 1 sekolah saya yang kebetulan saya terserempak dengan dia yang sedang menikmati jamuan pagi .
Seterusnya , kami masih bergerak dalam kumpulan untuk melakukan aktiviti yang pertama di Tasik ... . Sebelum itu , kami dibahagikan kepada 2 kumpulan kerana FACI ada dua orang , Abang Arif and Abang Khalid . Saya tergolong dalam kumpulan 2 dan di ketuai oleh Abang Khalid . Aktiviti yang pertama kami lakukan ialah , ICE BREAKING . Melalui aktiviti ini , saya dapat mengenali rakan sekumpulan saya even ada beberapa orang yang saya lupa namanya . HEHE , Aktiviti kedua ialah ... [lupa dah ] . Tapi , melalui aktiviti ini , saya berasa sedikit insaf , sedih dan terus menangis . Ada sebab2 tertentu .
Lawatan ke kawasan UM merupakan aktiviti kedua yang kami telah lakukan . Setiap kumpulan telah melawati ke tempat yang berlainan . Bagi kumpulan saya [ kumpulan 6 ] , kami berpeluang untuk melawati Muzium Zoology . Disitu , saya dapat melihat dengan mata kasar saya , bagaimana rupa Tapeworm , saya dapat kenali spisis rama2 dan kupu2 dan macam2 lagi . Banyak sangat spisis serangga yang terdapat di Muzium ini . Malah , masih banyak pest insect didunia ini yang belum dapat di kenal pasti lagi . [kata Prof. ] . Tapi saya berasa rugi kerana tidak sempat untuk bertanya kepada prof. mengenai kejadian tapeworm and dari mana para scientist mendapat nama untuk insect2 yang terdapat di dunia ini .
Seterusnya , kami meneruskan perjalanan ke Dewan Cancellor .. untuk majlis perasmian oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor . Sepanjang berada didalam Dewan tersebut , saya merasakan yang saya sedang berada didalam peti ais . punya la sejuk . Namun begitu , saya tetap bertahan kerana saya tahu , pengalaman ini belum tentu akan berulang lagi . Majlis ini berakhir pada jam 5.30 petang . Sebelum kembali pulang , kami diberi makanan petang .
Akhir sekali , kami berjaya juga kembali ke bas untuk pulang ke rumah , Semasa didalam bas , semua ahli2 dalam bas membuat bising . Ada yang menyanyi , ada yang ketawa dan ada juga yang ganggu orang . Tapi, yang best nya , orang yang selama ini saya tidak rapat , tiba2 je jadi rapat . Disebabkan saya berpuasa , ada la jugak rakan yang perihatin kat saya dengan membantu saya untuk mengenal pasti waktu untuk berbuka puasa . Memang best dapat berbuka dan ditemani oleh kawan2 yang periang gituhh. HEHE. Kami sampai disekolah pada jam 9 lebih . ALmaklumlah , jalan tersangatlah jem .
Akhirnya, saya sangat berharap agar saya dapat menyertai program sebegini lagi pada masa akan datang kerana sedikit sebanyak dapat melahirkan rasa insaf pada diri saya unutk terus tekun belajar . Selain dapat menambahkan lagi kenalan baru . Seterusnya , dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan2 satu sekolah XD
Terima Kasih :)

Partner saya dalam kumpulan 6 - NurHasinah [NANA]
Partner saya dalam bas - Siti Hajar Mazlan
Antara rakan2 ynag telah mebuatkan saya ketawa dalam bas - MOhsein , Syakir , Hajar and kawan2 sebas dengan saya .

Terima kasih saya ucapkan kepada Abang2 FACI [ ABANG ARIF + ABANG KHALID ] kerana sudi melayan karenah kami yang masih di alam kanak2 . :P

Harapan : Semoga saya dapat kontak rakan2 kumpulan saya dan dapat mengenal lebih rapat dengan mereka . Selain ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai UM daripada abng2 FACI XD
Thankyou for reading :) Give me some advice .

0 give some word:

Post a Comment

comment a good thing ok.