I've never forgotten about you even for a single day
♥ ALHAMDULILLAH YA RABB . May ALLAH send me to Uthmaniah earth safely.♥

Kata Hati [Part 5]





Hubungan kami kian rapat , namun perasaan risau dan takut menyingkap ke dalam diri aku . Aku tidak pasti sama ada sebelum ini dia ada perempuan lain atau pun tidak . Tapi aku rasa , dia tidak ada ! Aku takut dengan kehadiran aku dalam hidup dia , aku ini seolah-olah merosakkan hidup + dirinya yang selama ini suci + bebas dari segala dosa cinta . Aku tak nak jadi fitnah , aku rasa bersalah pada diri sendiri tiap kali aku chat,call,message or replying dia . Kerana aku tahu perempuan boleh jadi antara dua iaitu meneguhkan ataupun meruntuhkan seseorang lelaki . Oleh itu , aku rasa aku sedang meruntuhkan dia . Seperti yang aku katakan , mungkin masa silamnya tidak sama dengan masa silam aku di mana aku telah mengenali lebih daripada seorang lelaki . Dan mungkin dia tidak . Setelah mengenali dirinya , aku seolah-olah berpendapat bahawa “ALLAH menemukan kita dengan orang yang salah dahulu barulah ALLAH menemukan kita dengan orang yang betul” dan orang yang betul itu adalah dia .
Oleh itu , aku tak naklah dia rosak disebabkan aku . Bagi aku dia sangatlah perfect dan baik . Oleh itu , aku harap aku dengan dia tidak bercontact lagi lepas ni . Aku cuma rasa malu dengan diri sendiri sebab luaran aku jaga , tetapi pergaulan tak terjaga. Bukan bermakna aku ingin putuskan hubungan kami . NO ! Tidak sama sekali . Yes , we were friend and we are and forever will be ! Tapi still niat tidak menghalalkan cara kan ? Antara kami tak ada apa-apa yang menghalalkan sebarang contact .
Jadi kenapa kami still contact ? AKU TAK BAIK !! , Sebab kalau aku baik , aku tak akan chat dengan dia macam tu . Ada masa aku lalai , Cuma aku harap aku dapat kerjasama daripada dia sebab aku tak mampu untuk fight sorang-sorang . Namun begitu , aku tidak pasti sama ada kami boleh lakukan ini atau tidak kerana kami berlajar di dalam satu class . Yes , we’re classmate . And everyday we’ll see each other because we’re in the SAME CLASS ! Aku harap dia baca apa yang aku tulis ini kerana aku tak mampu untuk memberitahu pada dirinya kerana mungkin sukar untuk dia menerima keputusan aku ini .
Bak kata his mom yang mengatakan bahawa dia tidak sesuai lagi untuk bergf-gf takut nanti result tak cantik. Yeah , apa yang dikatakan oleh mak dia memang betul . Yela , aku takut la , elok-elok result dia sekarang ni lawa-lawa , tiba2 bila dia terlebih layan karenah aku ni , result dia jadi buruk pulak . Tak nak la benda macam gini berlaku kan . Aku tak nak la rosakkan masa depan dia yang cerah tu . AKu nak sekarang biar lah dia concentrate pada pelajaran kerana tahun ni kami akan menduduki SPM , the biggest exam yang akan menentukan ke mana kami akan pergi . Sama ada melanjutkan pelajaran ke luar Negara or dalam Negara supaya dapat kerja bagus atau just kerja kat tepi jalan . InsyaALLAH , selagi nyawa dikunjung badan , aku akan tetap menuggu dia . Anyhow , aku dengan dia masih dalam hubungan sebagai kawan or maybe up sikit jadi “special friend” dan bukanlah hubungan sebagai sepasang kekasih . Namun aku merasakan bahawa dia melayan aku lebih daripada kawan or special friend . Itu yang membuatkan aku risau . Selain risau aku akan terlebih mengharapkan dia yang akan membuatkan aku kecewa . Namun demikian , dia akan tetap berada di hati aku 

thanyou (◡‿◡✿)

Thankyou for reading :) Give me some advice .

0 give some word:

Post a Comment

comment a good thing ok.